Kerja foto

In Event, Flickr, Hobby, Life, Photography, Photos, Visual on 26 August 2008 with no comments

Kerja foto pertama ku di http://www.flickr.com/photos/baliomegatron.

Selamat tinggal dan selamat datang

In Hobby, Life, Love, News on 21 August 2008 with 8 comments

UPDATE: Blog aku kini mesti diakses melalui www.baliomega.com dan bukan lagi www.baliomega.com/blog. Harap maklum.

Aku dalam proses menyiapkan 2 projek personal termasuk projek persetankan yang dah tersadai selama 2 tahun. Lama tu beb. 2 domain baru juga telah dibeli, salah satunya web perkahwinan kami. Semoga kesempatan yang diberikan digunakan sebaiknya untuk menyudahkan apa yang aku dah mulakan. Layout portfolio dan blog ini masih belum mencapai kepuasan aku, masih tercari-cari. Tidak tahu ke mana arah semua ini tetapi aku percaya aku boleh.

Tidak lama lagi aku akan ucapkan selamat tinggal kepada MW. Ilmu dan pengalaman yang aku timba sepanjang berada di sini sangat berharga. Semoga langkahku seterusnya membuatkan aku terus mengorak langkah maju terus ke hadapan. Insya’Allah. Sedih pulak aku hukhuk…

Dia otak kedua saya

In Inspiration, Life, Love, Secret on 20 August 2008 with 4 comments

Aku seorang pelupa. Aku perlu diberitahu, diingatkan, dikhabarkan. Ada benda aku ingat, ada benda aku langsung tak ingat. Daya ingatan sudah lemah agaknya. Sama juga dengan tidur ku. Kadang-kadang senang bangun, kadang-kadang langsung tak dengar bunyi alarm sampaikan si dia call sampai 13 kali aku masih tak sedar. Memang tidur mampus. Si dia selalu mengingatkan aku. Seperti otak kedua. Tapi yang paling best, kami bersetuju dalam banyak hal. Sehati sejiwa la katakan. Jadi, saya sayang kamu… (sila muntah).

* lagu ketika menulis, Barry Manilow - Can’t Smile Without You.

Pertemuan 2 jiwa

In Hobby, Inspiration, Life, Photography on 17 August 2008 with 10 comments

Kelmarin aku ber’yum cha‘ dengan 2 orang jejaka kacak yang juga berkongsi minat yang sama iaitu fotografi. Yer, orang itu ialah Ijad Photoblogsh*t dan fotografer didatangkan khas dari Jerman, saudara Taufiq Shariff. Kira macam idola lah ni. Lepak kat Restoran Al-Maju sampai 3 pagi, borak pasal kamera, fotografi, awek, ikon, sesi ampu-mengampu, bahan-membahan, bergelak ketawa. Seronoklah borak dengan mereka ni. Kepala pun satu, minat fotografi. Dapat juga ilmu sikit walaupun tak banyak. Oit korang, bila lagi yum cha?

* baru aku tahu TT tu singkatan untuk Teh Tarik :D Lihat di blog Izad