Aummm!
In Blogging, Life, Photography, Wishlist on 11 July 2007
Buat kali yang ke berapa entah aku menukar template lagi untuk blog ini. Aku jarang update. Ingatkan bila dah ada hosting dan blog baru aku akan rajin tapi tidak rupanya. Sifat pemalas yang menebal di sanubari. Kini aku rajin berjalan-jalan. Usung beg kamera Canon yang besar tu ke sana sini. Rasa macam bawak beg laptop. Apakan daya beg free. Menunggu bulan depan pula untuk dapatkan beg Crumpler 6 Million Dollar Home. Aku sudah ada 2 lens. Alhamdulillah. Aku rasa akan stay dengan 2 lens ni untuk jangka masa yang agak lama. Rasa macam dah terer sikit dan kalau ada duit lebih boleh la beli lens mahal yang ada Ultrasonic Motor (USM) dan Image Stabilizer (IS).
Banyak lagi aku perlu belajar tentang fotografi. Semalam beli Digital Camera Magazine, ada artikel tentang setting kamera Canon dan Nikon, basic fotografi seperti white balance bla bla bla. Bagus majalah ni. 2 minggu lepas pertunangan Beck dan dengan sukarelanya aku menawarkan diri untuk jadi fotografer rasmi. Aku sampai lewat untuk job fotografi pertama ku dan sangat kesal perkara ini berlaku. Maaf ye Beck. Tak sempat nak snap gambar masa sarung cincin. Gambar-gambar yang aku snap kurang memberangsangkan. Banyak kena belajar lagi ni. Dan aku perlukan speedlight untuk hasil gambar yang cun. Masa tu tak sempat beli lens 50mm. Lens yang sangat bagus untuk potrait dan keadaan kurang cahaya. Boleh snap gambar Depth of Field yang best. Esoknya selepas Beck tunang baru aku beli 50mm. Selalu terlepas. Nampaknya wishlist aku satu demi satu sudah direalisasikan. Kumpul duit untuk beli kereta pula
mmg, aku rasa ko perlu bersara lebih awal…
persaraan aku akan menimbulkan spekulasi.
spekulasi takpe, jgn kontroversi. mcm selalu…
kontroversi meningkatkan populariti. ko sudah popular dek kontroversi.
kalaulah aku Hans Isaac…
kalau ko hans isaac…
aku semestinya brandon boyd…
mana boleh. aku artis lokal. ko kena lokal gak. kalau aku Hans Isaac ko ialah Rosyam Nor.
taknak aku rosyam noor… aku nak, erm… sape ek, malaysia ek? huh… takde yang berkenan di hati la dude… indon boleh? kalau indon, aku nak nico saputra…
haha. dah hentikan semua ini.