Mari menulis

Aku tidak pandai menulis blog seperti Beck atau Nizam Nuri. Mengubah ayat menjadi sedap, padat dengan sindiran dan ungkapan yang provokatif. Aku cuma penulis yang menulis untuk diri sendiri dan untuk bacaan kalian yang aku rasa tidak sampai 10 orang semuanya. Terima kasih kerana berkunjung dan membaca.

Tahniah untuk Hadi yang telah pun mendirikan rumahtangga bersama Nadia. Pasangan yang amat cocok sekali. Dia ialah rakan ku yang sama-sama belajar di MMU dan orang pertama dari 10 sekawan yang menamatkan zaman bujangnya. Ya 10 sekawan. Aku masih ingat ketika itu kami bersepuluh tinggal di penthouse Villa Permai Puchong. Pergi MMU naik bas, pergi makan bersepuluh, usha awek gebu kedai makan, skodeng rumah orang haha. Kini semua telah berkerja dan telah memasuki fasa baru iaitu berkahwin. Aku menjangkakan selepas ni Teleng, Jet, Nasir. Aku? Aku tak tahu lagi bila. Aku tak pasti.

Weekend lepas kami menghadiri majlis persandingan Hadi & Nadia di Cherating. Terima kasih Hadi kerana menyediakan penginapan untuk kami. Alang-alang berkunjung ke Cherating lalu kami ke Kemaman mencari Otak-otak, Sata, Sotong & Ikan Celup Goreng dan Kopi Hai Peng. Makan tak ‘hengat’ punyalah. Sangat best journey ini. Seperti ingin travel lagi bersama rakan-rakan. Oi korang marilah ke Penang.


* Ralat – Sebenarnya 11 orang kawan. Aku tertinggal satu. Mungkin nombor 10 lebih enak disebut hehe.

This entry was posted in Blogging, Event, Life, Road Trip. Bookmark the permalink.

10 Responses to Mari menulis

  1. beck says:

    ahaha, penang. hahaha. amat buhsan!

  2. beck says:

    oh ya, 10 org pembaca blog ko tu, 3 adalah aku dgn identiti berbeza. bersyukurlah…

  3. baliomega says:

    pegi Penang ade ko kan. bosan tul.

    haha aku bersyukur aku ada pembaca seperti ko yang mempunyai split personality.

  4. Razli says:

    Bukan 11 orang ke? Awek2 sebelah rumah kita dulu apa crit ha? Ada dpt friendster/myspace derang?

  5. baliomega says:

    ye ker 11 orang. listkan balik haha. awek sebelah rumah aku tatau citer. muka pun dah tak ingat.

  6. Razli says:

    Hadi, Teleng, Bobo, Ery, aku, ko, Limie, Labu, Iwan, Jet, Nasir. Haa kan 11 orang tu weh hahaha. Tapi masuk sem tiga, ko, Ery dan Bobo pindah hostel, lantas membuatkan kitorang yg tinggal dihalau ke tingkat 3 (eh ke 4)? Hahaha!

  7. baliomega says:

    oo 11 rupanya haha. ok aku betulkan.

  8. Nasir says:

    (Nyanyian)
    ..Mari lah maaaari… mari lah mariiii kita ke penangg… mai cek oi mai cek mai… ke ke penang pulak… makan nasik kandaq, pasemboq, lepak padang kota, Queensbay, Bukit bendera, Batu Feringghi (ali Setan..sesuai sempena Persetankan), dan paling menarik, ada penunggu bernama……..COQ UBI!

    “Hmhh…kalao brani… choba lah!” (sambil lap peluh lepas jogging)

  9. baliomega says:

    apa ko ngarut ni Nasir.

  10. murah kan Otak-otak dan sata kat kemaman..naik gile aku membeli dan melantak gaya tak hengat dunia! nak lagi!! :D

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>