Harga turun
Posted on September 13th, 2007 in Gadget, News, Technology, Wishlist |
Oh aku kembali. Tak jadi ‘esok saja’.
Saja ingin mewar-warkan berita ini. Machines telah menurunkan harga iPod! Buat pengetahuan semua, Machines ialah sebuah kedai menjual barangan Apple di Midvalley dan KLCC. Penurunan harga disebabkan kemunculan barisan iPod versi baru.
iPod Video 30 gig - RM 899 (Harga asal RM 1099)
iPod Video 80 gig - RM 999 (Harga asal RM 1499)iPod Nano 2 gig - RM 499 (Harga asal RM 599)
iPod Nano 4 gig - RM 529 (Harga asal RM 829)
iPod Nano 8 gig - RM 699 (Harga asal RM 999)
Apa lagi. Silalah dapatkan gajet idaman. Aku sedang menunggu iPod Touch. Harga berkemungkinan antara RM 1400 - RM 1600. Dijangka berada di pasaran hujung September ni.
14 Responses
tgu iphone weh.. harga tak jauh beza dgn ipod touch..
ipod touch mcm best..
aku tak kisah punya 3310 pon,
janji aku ada ipod touch!
dijamin kewl~
haha
p/s: hphone aku bukan 3310, itu hanyalah contoh
aku tak minat iPhone. sebab ia phone yang sangat bagak. mana muat poket seluar aku.
so iPod Touch memang idamanlah heee.
ahaha, iphone takleh pakai kat malaysia…
baca la review sistem dia weiii…
kena kuarkan version yg sesuai ngan network malaysia baru leh pakai…
sekian…
beck, jangan risau. dah ada orang yang boleh guna dengan digi. entah2 sekarang maxis & celcom pun dah boleh. anyway, by the time it reaches malaysia, am sure it’s already unlocked.
huhu so belilah iPhone sesiapa yang berminat. nak iPod Touch sempena raya!
Hahaha..Aku ngah cari harga Ipod Touch, tengok2 masuk sini lak..Salam Bali! ^_^
Alamak, lebih seribu lak harga dia..Arghhh…Aku leh keluar bajet bawah seribu ja nih..Kena consider balik Sony PSP..
Aku berminat ngan gajet yang boleh surf internet guna wifi..Setakat ni cuma PSP ngan iPod Touch saja yang mantap..
guhuhu…aku tatau aa tak mampu seh…ipod shuffle pon x mampu..ahhaha
Salam Bat. Harga iPod yang baru standard harga dia 1k. Kalau nak carik bawah 1k tunggu beberapa bulan lepas release dan beli kat forum lowyat.
Aku pun suka feature wifi iPod Touch. Tapi kedengaran rungutan pengguna, iPod Touch mempunyai masalah LCD skrin dipanggil ‘Negative Black Effect’ iaitu skrin terlalu saturated, gelap berbanding iPhone. Harap Apple dapat selesaikan masalah ni. Jadi aku tunggu beberapa bulan lagi untuk mereka selesaikan ini.
omar, takkan tak mampu beli hatta iPod Shuffle pun. banyak simpan duit ko ni. nanti belanja aku makan.
Hai, engkau mau aku kasi tapi tak payah susah-susah sangat bagi ke kite -kite juga ape yang layak
aaa kurang faham.
wei…aku sgt2 nk taw harga latest ipod shuffle n nano…tlg mel aku…ejej_007@yahoo.com…n tempat y plg murah hrga dia…
Aku dah lama tak check harga terkini iPod di pasaran. Aku suggest ko usha dekat web http://forum.lowyat.net