Fotografi yang tak sudah

Semua orang bercakap mengenai kamera dan fotografi. Bila baca entri Beck mengenai manusia angkuh, aku senyum sinis. Manusia pelbagai dan bermacam ragam. Ada duit kau boleh beli semua benda. Kalau ikutkan aku tak mampu beli sebuah kamera DSLR. Aku berhutang dan membayarnya secara ansuran setiap bulan. Alhamdulillah tinggal 6 bulan lagi nak dihabiskan. Aku kepingin speedlite, battery grip dan wide lens tapi macam biasalah duit menjadi perkara pokok. Fotografi, aku anggap ia suatu hobi kerana aku suka rakamkan detik-detik bersama kawan, pergi ke sana-sini melihat dunia. Disamping aku mempunyai kawan yang suka berposing maka kamera adalah wajib untuk dibawa ke mana saja.

Ada juga orang offer job tangkap gambar wedding tapi aku tolak sebab tak cukup equipment dan masih tak cukup ilmu. Tak dapat bayangkan kalau aku jadi wedding photographer. Macam kelakar pun ada. Tapi tu semua rezeki yang halal. Aku respek kepada semua wedding photographer yang wujud dan timbul macam cendawan selepas hujan. Semua dah mampu beli DSLR, kamera dah semakin murah dan photographer bertambah ramai. Hasil gambar yang kreatif dan berkualiti akan menentukan anda seorang yang bagus atau sebaliknya walau semurah mana pun kamera anda.

Wishlist terkini :

1. Speedlite Canon 430EX
2. Battery grip Canon BG-E3
3. Wide lens Canon 17-40mm f4 L (mahal gila ni wei hahaha)

This entry was posted in Gadget, Life, Photography, Wishlist. Bookmark the permalink. Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

20 Comments

  1. Posted November 22, 2007 at 7:29 am | Permalink

    ha, tu satu lagi trend. wedding photographer. bercambah…! semua ada camera, semua nak jadik wedding photog…
    ahahha…

  2. Posted November 22, 2007 at 7:32 am | Permalink

    ramai orang kahwin, murah rezeki huhu

  3. Posted November 22, 2007 at 12:13 pm | Permalink

    Untuk Newbie Cam Aku Kamera Aper Best?

  4. Posted November 22, 2007 at 3:10 pm | Permalink

    Kalau mampu beli DSLR, angkatlah Canon 350D atau 400D. Aku suggest Canon sebab dia mempunyai kamera DSLR entry level yang murah dan mampu memberikan hasil gambar yang cantik.

    Kalau tak mampu, angkat saja digicam Panasonic Lumix, Sony Cybershot atau Samsung NV.

  5. Posted November 23, 2007 at 2:25 am | Permalink

    aku pun dah tolak byk jon wedding. satu sbb malas, dua sbb taknak ikut trend, tiga sebab rasa tak confident nak hasil gambar lawa lawa kalau subject matter tak menjadi minat. empat aku memang malas…

    dan 5, aku sgt sgt sgt sgt sgt laaaaaaaaaaaaaa malas…

  6. Posted November 23, 2007 at 2:32 am | Permalink
  7. Posted November 23, 2007 at 2:34 am | Permalink

    ‘Hal yang sama dengan SLR.Photography. Photography dah jadi trend remaja , pergi je mana-mana, kebanyakan pasti menggayakan diri dengan SLR , tapi kalau setakat nak bergaya dan ikut trend , aku rasa baik bakar je SLR tu. Mungkin kerana nak join art exhibition, nak melukis tak reti. Nak join band, tak reti main instrument. Nak tulis sajak , bodoh.
    jadi last resort, adalah photography, tarok kamera atas rumput dan snap, amik gambar dan edit secara maximum dengan adobe photoshop dan taruk di fotopage dan myspace. poser..’

    petikan dari http://lidah-lidah.blogspot.com

  8. Posted November 23, 2007 at 2:35 am | Permalink

    aku letak gambar kat flickr je. kira tak termasuklah dalam golongan tu haha

  9. Posted November 23, 2007 at 7:19 am | Permalink

    aku menceburi ke fhotografi krn ingin merakamkan apa yg indah dan cantik didepan mata aku…hehehe

  10. Posted November 23, 2007 at 9:07 am | Permalink

    aku merakam apa saja termasuk kotak suis dan roti canai

  11. Posted November 23, 2007 at 9:07 am | Permalink

    huhu best gak komen blog sendiri.

  12. Posted November 25, 2007 at 8:27 am | Permalink

    kenapa 430EX jerr? Angkat terus 580EX, nnt tukar body masih boleh pakai. usyar dekat FTZ, rata2 yg angkat 430EX akan jual selepas tak sampai sebulan pakai sebab nak angkat 580EX. Kecualilah ko nak buat slave.

    1740F4L aku pun nak satu huhuuuuu

  13. Posted November 25, 2007 at 2:39 pm | Permalink

    Aku selalu gak usha FTZ, tengok2 harga. Memang nak angkat 580EX tetapi kerana melihat bajet, hanya mampu angkat 430EX jer.

    Hurm kalau ada rezeki angkat 580EX lepas beli 430EX. Huhu ntahlah aku nak try je dulu.

  14. Posted November 26, 2007 at 7:39 am | Permalink

    beli lampu kalimantang la murah wei…

  15. Posted November 26, 2007 at 8:01 am | Permalink

    lampu kalimantang dah ada byk dah.

  16. artwork studio
    Posted October 3, 2008 at 10:07 am | Permalink

    wide lens amat tak sesuai untuk gambar potret. sebab subjek hang akan nampak mengembang. tambah2 bahagian idung huhuh.. mau pening client bla tgk hasilnya nanti.. lens yang sesuai untuk wedding slalunya standard atau micro. telefoto juga bagus tapi harus berhati2 kerna ia berat dan mungkin menyebabkan hang jadi kalut untuk majlis dan ketinggalan beberapa pose yang sepatutnya hang nak kena snap.. kalau hang pakai canon aku cadangkan hang guna :

    Canon EF-S 18-200mm f/3.5-5.6 IS Lens ( RM2350.00)

    kalau nikon :

    Nikon 105mm f/2.8G Telephoto AF Micro-Nikkor ED-IF AF-S VR (Vibration Reduction) Autofocus Lens (RM2695.00)

    atau kedua brand leh guna :

    Tamron 18-200mm f/3.5-6.3 XR DI-II LD Aspherical (IF) AF Zoom Lens with Macro (NIKON/CANON/SONY)( RM1350.00)

    senang-senang lawat web : http://shashinki.com .. sana hang leh tengok memacam.

  17. ajoy
    Posted September 2, 2009 at 5:49 am | Permalink

    kat kedai mana ada jual DSLR secara ansuran…??? leh bagi tahu tak???

  18. din
    Posted December 10, 2009 at 12:19 pm | Permalink

    aku pun nak beli dslr gak…..mana ye kedai jual dlsr secara ansuran?

  19. Posted December 20, 2009 at 4:06 pm | Permalink

    Thanks artwork studio for the info. Sangat berguna! :)

    Ajoy & din: Ada kedai kamera yang menjual secara ansuran tapi maksud ansuran disini ialah dengan menggunakan kad kredit. Pilih kedai kamera yang mempunyai ‘0% Interest Rate” dan biasanya Maybank. Kemudian tentukan jangkamasa pembayaran, katakan 24 bulan. Swipe dan anda dapat kamera dan setiap bulan perlu bayar mengikut jumlah yang telah dibahagi 24.

    Aku membeli secara ansuran di Bintang Maju http://www.camworld.com.my

  20. myra
    Posted January 14, 2010 at 3:43 am | Permalink

    hyep..im interested wif ur blog..but nk tnye sumting..
    kat mane u bli camere dslr secara insuran…?
    i mcm u gak..pokoknye, xckup duet..huhuhuhu

One Trackback

  1. By baliomega(tronika) - Sari berita penting on March 30, 2008 at 2:40 am

    [...] sudah berada didalam genggaman. Jadi 2 wishlist fotografi aku dah tercapai. Tinggal satu lagi. Ouh fotografi yang tak sudah. Banyak mahu belajar lagi. Aku kena [...]

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

*
*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  • He's a Web Producer at D5. Really passionate about creating attractive, usable, accessible user interface design. He likes to watch art movie and listening to post-rock/ambient/shoegaze. A noobie photographer and he was once a vector artist. Have a look at his work.