Ouh, nama saya Rambo

Semalam aku tonton Rambo seorang diri. Teruja sebab Rambo adalah karektor yang menjadi idola aku sejak kecil. Aku masih ingat, suatu ketika dahulu. Kami main perang-perang dalam hutan belakang rumah disebabkan pengaruh filem perang dan Rambo. Propaganda Amerika menjadi. Tapi semalam, filem Rambo 4 tidak berjaya mengembalikan kegemilangan John Rambo yang sudah tua. Dia ada masalah mental sampai tidak mahu pulang ke kampung. Lupa daratan betul. Mungkin mengalami tekanan jiwa hasil dari keganasan perang Vietnam atau terkena senjata biologi Agent Orange lalu menjadi retard. Pisau Rambo yang menjadi identitinya juga sudah tiada. Kini mencari pasal di negara Myanmar. Campur tangan dalam pergolakkan perang saudara. Ingin menjadi hero tapi semuanya mati berbunuhan. Letup sana sini, pecah kepala, putus tangan, darah memancut, gadis diperkosa. Sadis. Masih mengekalkan aura lama. Title sequence menggunakan font tipikal ‘tentera’. Macam filem tahun 90an. Tiada bintang untuk filem ini walaupun rating 8.2/10 di IMDB.

Hurm aku perlukan hero baru.
Filem Jumper seperti best. Mahu tengok!

This entry was posted in Film, Inspiration. Bookmark the permalink.

7 Responses to Ouh, nama saya Rambo

  1. jarri says:

    aku pun salah seorang yang terpedaya dengan propaganda amerika.

    pisau rambo mak kareem pinjam buat kupas bawang. pastu mak kareem lupa pulangkan. kalu ko tak percaya boleh buka photopages kareem. Rambo 5, mak kareem yang akan berlakon. sylvester stallone jadi penerbit je nanti.

    aku belum tengok Rambo 4. aku nak tengok ‘meet the spartan’ dan ’300 the mexican’. pecah perut.

    bali gila kuasa. baru bulan lepas jadi Rain. hari ini jadi Rambo.

  2. baliomega says:

    boleh tahan ko merepek yer hehe. tengah tertekan ke.

    semalam aku solat jumaat kat masjid UKM. tercari-cari ko.

  3. jarri says:

    aih. ko x cakap. kalo hari jumaat memang susah ko nak cari aku. aku duduk saf depan. belakang imam.

    heh.

  4. baliomega says:

    oo ye ker. baguslah ko.

  5. jarri says:

    aku bohong je.

  6. baliomega says:

    bohong sunat takpe. haha ada ke sunat?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>