Berhabuk
Mar 21
Blog tak berupdate, flickr pun sama. Nantilah. Tunggu, aku sedang usahakan sesuatu. Sibuk sikit sejak dua menjak ni.
Ceritera desain, visual, ornamen, jiwa, ambien, ilusi, cinta…
Mar 21
Blog tak berupdate, flickr pun sama. Nantilah. Tunggu, aku sedang usahakan sesuatu. Sibuk sikit sejak dua menjak ni.
Mar 13
Flickr, Photos, Secret 4 Comments
Boleh beritahu kenapa gambar Ikmal The Gangsta menjadi pilihan? Dengan 191 views, berada di tangga ketiga gambar yang paling banyak dilihat di flickr gwe. Huh.
Ada Propaganda? Atau mungkin… unsur-unsur subversif yang berbau busuk. Renung-renungkanlah.
Mar 10
Tahniah kepada Shaliza Mokhtar & Fakhrul, Manaf & Kak Inn, Karina & err lupa pulak hehe. Mereka semua melangsungkan perkahwinan hujung minggu lepas tatkala rakyat sedang sibuk mengundi. Akan aku upload gambar-gambar wedding secepat mungkin, kebanyakkannya di rumah Shaliza. Perkahwinan mereka sangat sweet dan simple. Suka betul aku.
Mar 06
Inspiration, Internet, Life, Technology 2 Comments
Aku telah ditag oleh saudara Siberkop dari laman Sudut Kelam Eridanus. Disuruh menyenaraikan 5 laman web yang selalu dikunjungi. Jadi inilah senarainya.
1. DIGG
Tak perlu diperkenalkan lagi. DIGG sudah pun terkenal di kalangan pengguna internet sebagai sumber berita dan cerita yang muktahir, betul, lawak dan kadangkala tipu dan penuh muslihat. Dihantar oleh pengguna internet sendiri untuk dikongsi bersama.
2. Smashing Magazine
Sumber bacaan dan rujukan terkini mengenai teknologi web, grafiks dan trend. Aku suka bila mereka menyenaraikan 50 web tercantik, 25 blog paling kreatif, dan trend-trend web yang dipopularkan oleh designer dan developer luar negara.
3. Flickr
Tempat aku mencuci mata dan mencari inspirasi. Sila lihat Ruangan ‘Last 7 Days Interesting’, anda akan terpaku dengan kreativiti dan kecantikkan foto-foto yang diupload oleh manusia serata dunia.
4. Digital Photography School
Antara laman web yang menjadi rujukan fotografi. Terdapat tutorial, trend dan tips yang dapat membantu beginner dan amateur seperti aku ni mendalami lagi ilmu foto. Banyak lagi perlu belajar sebenarnya.
5. CSS Mania
Galeri web CSS. Dah malas nak tulis.
Bye.
Mar 05
Sekarang aku tengah dengar lagu Faizal Tahir – Sampai Syurga dan Mulan Jameela – Makhluk Tuhan Paling Sexy. Sudah ku katakan aku pendengar universal. Lantaklah korang nak kata apa pun.
Oh paling sexy!