Sakit belakang
Apr 23
Sakit belakang bila aku menyandang sling bag Crumpler 6 Million Dollar Home. Tanda muatan dah bertambah berat. Aku bertubuh genit lagi comel. Perlukan sesuatu untuk menyeimbangkan keberatan. Erm…
Ceritera desain, visual, ornamen, jiwa, ambien, ilusi, cinta…
Apr 23
Sakit belakang bila aku menyandang sling bag Crumpler 6 Million Dollar Home. Tanda muatan dah bertambah berat. Aku bertubuh genit lagi comel. Perlukan sesuatu untuk menyeimbangkan keberatan. Erm…
Apr 19
24 April, filem Love akan ditayangkan. Love ialah filem Cinta versi Indonesia diarahkan oleh pengarah yang sama iaitu Kabir Bhatia. Aku sangat suka filem Cinta. Sangat indah. Aku pula seorang yang jiwang memang ternanti-nantikan cerita ni.
Sayang, nanti kita tengok k. (sila muntah dengan ayat ni)
Apr 17
Audio, Concert, Event, Gig, Life, News 5 Comments
Hoyeah kini aku kembali ke trek asal setelah 2 hari bersengkang mata sampai ke pagi menyiapkan projek. Ok seperti yang aku beritahu Mono akan datang Julai ini, Sigur Rós pula didengari berkemungkinan akan berkunjung ke negara jiran kita iaitu Temasek aka Singapura. Perghhh Sigur Rós wei. Takkan tak pegi. Gila ni wei gilaaa.
Oh lupa pula ada konsert Soilwork, 25 May ini di The Ruums. Mereka ialah kugiran Swedish melodic death metal seangkatan dengan In Flames. Best gak ni wei tapi aku dah lama tak dengar lagu ganas-ganas ni. Jiwa dah lembut agaknya. Bukan lembut awww ok.
Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.
Ini lagu Mono bertajuk Sabbath dari album ‘One Step More and You Die’. Pejam mata dan dengar penuh penghayatan seperti anda berada di suatu tempat yang sunyi sepi dan tidak berpenghuni. Aku biasa lakukan ini ketika dalam komuter yang sarat dengan penumpang. Feel itu penting.
Ok, sudah dulu.
Apr 13
Manusia akan berhenti bergerak (membeku / mematung) hari ini, 13 April di KL. Satu pergerakan internasional yang bertujuan mengumpul semua manusia untuk melakukan sesuatu yang sangat pelik tapi berkesan, tak mengira bangsa, bahasa dan agama.
Pernah diadakan di London dan New York. Berkemungkinan aku akan pergi untuk menyertai atau sekadar melihat (merakam) event yang jarang berlaku di sini. Kalau berkesempatan.
Apr 09
Design, Flickr, Inspiration, Internet, Photography, Technology, Visual 2 Comments
Ok sekarang anda boleh upload video ke Flickr. Kewl gila kan. Jika anda ahli pro, anda boleh upload video sehingga 90 saat.
Oleh itu mari layan video-video dari Lichtfactor.