Saya persembahkan BLMG 1.0

12 Comments

Dari pagi tadi hingga ke waktu aku menulis ini, aku telah pun menghasilkan sebuah tema WordPress yang baru codename BLMG 1.0 hasil dari tutorial pantas oleh Dezinerfolio tentang cara-cara membina sebuah tema WordPress yang asas. Terima kasih Dezinerfolio. Kini aku faham bagaimana tema WordPress berfungsi. Tema ini masih belum finalize, masih banyak struktur yang perlu dibaiki dan dibina, juga perlukan sedikit solekan grafiks untuk persembahan yang menarik.

Oh hari ini ialah satu hari yang bermanfaat. Sangat.

KokoKaina

7 Comments

Mari dengar KokoKaina.

KokoKaina yang berasal dari Malaysia bakal popular seperti Marie Digby kerana menyerlahkan bakatnya melalui YouTube dan kini dengar khabar telah pun ke Los Angeles untuk sign contract dengan syarikat rakaman kepunyaan Jack Johnson. Pergh tahniah! Moga sukses!

Aku suka lagu-lagu dia. Buat aku relaks dan tenang. Sesiapa yang minat Jazz dan Folk, silalah dengar.

Aku suka giler lagu ‘I Wish I’d Never’ dan ‘I Am Me, Once More’.

CSS Malaya

4 Comments

Selamat Datang CSS Malaya ke persada Internet. CSS Malaya merupakan sebuah forum tempatan yang memberi tumpuan kepada satu topik iaitu Cascading Style Sheets ataupun lebih dikenali dengan CSS. Bagi para pembangun web dan designer, CSS sangat penting dalam menggayakan/mencantikkan laman web dan memudahkan pengguna membaca dan mendapatkan informasi (information design).

Semoga CSS Malaya dapat membantu rakyat Malaysia memajukan diri bersama Internet. Dibawakan oleh pencipta InfoMalaya, Mohd Huzairy.

Teater

4 Comments

28 Mei sehingga 14 Jun akan berlangsung persembahan teater muzikal ‘P.Ramlee’ musim kedua di Istana Budaya. Berkemungkinan akan pergi bersama chentaku yang juga pernah terbabit dengan event ini ketika musim pertama. Aku suka teater tapi jarang mengikuti dan menonton. Setakat ni pernah menonton 2 teater iaitu ‘Siti di Alam Fantasi’ di Istana Budaya dan ‘Tat Nenas’ di MATIC. Aku juga terlepas teater muzikal ‘Puteri Gunung Ledang’ sebab tiket sold out macam goreng pisang panas. Mengharapkan teater itu kembali untuk musim seterusnya.

Foto konserto

2 Comments

Update: Gambar konsert Peterpan di flickrku.

Peterpan

Hujan

Nitrus

Peterpan

Older Entries Newer Entries