Kemunculan web galeri yang tumbuh seperti cendawan

5 Comments

Sebagai seorang developer dan designer, aku telah memerhati perubahan web sejak 1999 hingga 2008. Satu perkara yang aku lihat tumbuh seperti cendawan ialah kemunculan web showcase atau galeri yang mengumpulkan web yang bagus, kemas, unik, berasaskan CSS dan XHTML, tema WordPress sama ada free atau premium.

Setiap hari aku melihat, web seperti ini semakin banyak tumbuh meliar dan telah menjadi satu trend yang kewl untuk memiliki sebuah web showcase. Aku dulu pun pernah bercita-cita untuk mewujudkan sebuah web showcase sendiri melihatkan keunikkan web CSSMania dan CSSRemix. Tapi ianya sudah tidak unik setelah ia menjadi trend satu dunia. Aku mahu mencuba sesuatu yang baru. Mungkin sesuatu seperti Smashing Magazine. Mengumpulkan sesuatu yang dapat dimanfaatkan dan menjadi rujukan untuk diri sendiri dan orang lain.

Ada satu idea yang terperuk dalam kepala otak aku ni. Mungkin aku boleh kumpulkan web showcase atau galeri yang wujud kat dunia siber ni sebab dah terlampau banyak. Mungkin… mungkin tidak.

Mono live in Malaysia

11 Comments

Sudah beli tiket ke belum? Konsert mereka semakin hampir.

Ramai orang keliru Mono (Japan post-rock) ini dengan Mono (UK trip-hop) yang popular dengan lagu ‘Life in Mono’. Jangan keliru yer.

Bagi yang tidak mengenali Mono, sila rujuk:
Mono Official Site
Mono @ Wikipedia
Mono @ Youtube

Update gambar

8 Comments

Musnah

Update terbaru di flickr saya. Silalah jenguk.

Teater Muzikal P.Ramlee

8 Comments

Terbaik! Hebat! Teater Muzikal P.Ramlee sangat menghiburkan.

Kredit kepada saudara Musly Ramlee kerana berjaya membawakan watak P.Ramlee dengan baik sekali. Suara dan gaya yang saling tak tumpah seperti seniman agung itu. Juga kredit kepada lakonan Liza Hanim (Saloma) dan Melissa Saila (Norizan). Dan kepada seluruh produksi teater ini, tak kira sama ada mereka ialah krew belakang tabir atau pelakon tambahan. Teater terbaik pernah aku lihat dari segi lakonan, muzik, gerak tari dan props. Tahniah.

Aku suka watak Sukardi lakonan Chedd Yusoff, rakan karib kepada P.Ramlee yang sanggup menemankannya dari Penang ke Singapura untuk mencapai impian sebagai seorang seniman. Wataknya sebagai seorang yang setia sahabat sangat mengesankan. Kemudian, ada satu adegan Norizan diketahui curang oleh P.Ramlee dan mereka bergaduh menyalahkan satu sama lain. Jeritan marah bercampur sedih oleh Melissa Saila (Norizan) sangat menggerunkan diiringi dengan alunan lagu yang dramatik.

Kredit kepada props master dan krew-krew mereka. Suasana 50′an berjaya dibawa kembali, diimbas dengan baik sekali. Bayangkan mereka boleh mengalih dan mengubah set yang sangat besar dan berat dengan lancar. Paling aku kagum ialah kemunculan kepala kereta api yang nampak real! Oh pencahayaan juga sangat fantastik! Berjaya mewujudkan visual yang klimaks.

Ok ini trivia dari blog Chedd Yusoff, salah seorang pelakon teater itu.

13 set changes, 30 pieces of sets in total (penang shophouses, botanical garden, bukit mertajam, the train, train station, houses, mfp studio, norizans house, new world cabaret, happy world hotel, p.ramlee-saloma’s house etc.). 1,200 pieces of props big and small. 600 pieces of wardrobe. There are 200 ppl hired on P.Ramlee, in production, technical and onstage, out of which 70 are onstage as lead actors, ensemble and “transformers”.

Each ‘cube’ that forms the penang shophouses, the cinema, MFP studio interior etc, weighs 1 ton each. It takes at least 4 ‘transformers’ to move each ‘cube’. The head of the train weighs 1 ton too. Each train carriage weighs 200kg, there are 4 carriages altogether,and the transformers have to push each carriage with up to 7 or 8 performers on each carriage.

Tahniah Enfiniti Productions! Selamat menonton kepada mereka yang akan menonton.

Newer Entries