UNDER MASSIVE CONSTRUCTION

10,000 views

In Flickr, Hobby, Internet, Photography, Photos, Technology on 18 July 2008

Oh Flickr saya dah mencapai 10,000 views. Berikan tepukan pada diri sendiri. Walaupun kejayaan kecil kalau dibandingkan dengan pengguna flickr yang lain. Foto berjumlah 893 sejak setahun lepas yang bermula pada 7 Mei 2007 dengan rekod bersih tidak pernah tersenarai dalam ruangan Explore. Ini satu perangsang untuk terus merakam visual. Eceh.

Cuma saya kagum dengan sistem Explore mempamerkan sebahagian foto-foto menarik dan menawan dalam Flickr. Foto dipilih secara automatik oleh komputer berdasarkan algoritma rahsia dikenali sebagai Interestingness. Tidak semua foto yang bagus tersenarai dalam Explore. Hanya sebilangan kecil foto iaitu sebanyak 500 foto atau lebih kurang 0.005% dipilih dari jumlah upload sehari. Dan Explore cuba memaparkan foto yang berlainan dan pelbagai.

Interestingness ialah apa yang Flickr panggil sebagai kriteria untuk memilih foto yang akan dipaparkan dalam Explore. Semua foto ini menpunyai skornya sendiri dan dikira secara automatik oleh algoritma. Walaupun berdasarkan kiraan, terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi Interestingness sesebuah foto. Antaranya tag, jumlah group, views, favorites, jumlah komen dan banyak lagi. Sebagai contoh, satu foto mendapat 30 komen dalam masa 1 jam dikira skor tinggi berbanding 30 komen dalam masa 1 minggu.

Ok itu saja pelajaran kita kali ini. Sebarang pertanyaan boleh diusulkan dipetak komen. Sebarang usul tidak percaya tidak dilayan. Sekian, terima kasih.

12 Comments

Make A Comment

Leave a comment