Fasa kebahagiaan yang ketiga selesai sudah. Fasa seterusnya akan datang, Insya’Allah awal tahun depan.
Semalam semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah, kini kami sudah bertunang. Terima kasih kepada semua yang hadir, saudara-mara terdekat dan jauh, kawan-kawan dan rakan artis yang turut bertandang. Kepada yang tak dapat datang dan juga yang sms ucapan, terima kasih kepada kalian. Terima kasih kepada fotografer rasmi kami iaitu saudara Nasir Yusoff aka Hamlau.
Nanti aku update gambar pertunangan dalam minggu ni. Lambat-lambat kang basi pulak cerita pertunangan aku ni. Well you know me, selalu lambat update flickr.
Dia sangat cantik semalam. Sungguh meriah macam hari perkahwinan. Dengan hantaran, baju Chenta yang anggun Silver Blue, mata si dia yang shining dan muka berseri-seri lebih dari biasa. Aku pula kelihatan cute berbaju kemeja lengan panjang, berbelang biru hitam dan berambut pendek (silap potong!). Tema saya hari tu ialah Silver Black, Chenta pula Silver Blue. Oh Silver Black ialah gabungan warna yang sangat bergaya. Serius!
Lega semua dah settle. Tinggal hari aku dan Chenta menjadi Raja dan Permaisuri di Istana Kayangan huuu…
Penat tak habis lagi ni.