UNDER MASSIVE CONSTRUCTION

Alkisah si Nas

In Humour, Life on 11 August 2008

Cerita 1

“Hai Geli Mat, Google semalam punya mana? Alah Google. Google tu lah. Printkan Google tu. Nak bawak pergi meeting kejab lagi”, kata si Nas dengan penuh keyakinan.

Lalu Geli Mat terpinga-pinga. Print Google? Macam mane nak print. Besar sangatlah Google tu. Syarikat kertas dan dakwat dan anak-beranak suku sakat keturunan mereka pun tak cukup nak print Google. Rupanya Google yang dimaksudkan ialah peta kilang ayam serama (Google Maps). Nas, sila bunuh diri.

Cerita 2

“Edit gambar dari kamera kemudian hantarkan ke syarikat kicap tu yer”, arah si Nas yang berlagak seperti bos padahal dia sejawatan dengan orang yang diarahkan.

“Nak edit macam mana wahai si Nas?”, tanya Geli Mat sambil tergeli-geli.

“Ala edit je lah lepas tu hantar kepada mereka. Yang biasa kau buat tuh terus masuk dalam komputer”

“Err maksud kau ‘transfer/download’ gambar?” ujar Geli Mat yang sudah meluat dengan perangai Nas yang suka mengarah-arah dan berlagak pandai.

Aduh! ‘Transfer/download gambar’ dikatakannya ‘Edit gambar’. Nas, sila bunuh diri sekali lagi.

* Cerita ini ada kaitan dengan yang hidup tapi masih belum mati. Sila ambil iktibar dan pengajaran.

4 Comments

Make A Comment

Leave a comment