Ini ceritaku…
Sep 13
Sudah 13 hari berpuasa. Alhamdulillah semuanya okay dan kehidupan aku sedang mengalami perubahan sedikit demi sedikit. Insya’Allah lepas raya aku akan mula bekerja di tempat yang baru. 2 tahun aku bekerja di Motionworks (MW), banyak benda telah aku belajar dan temui. Sangat berterima kasih kepada MW kerana memberi peluang aku bekerja di situ selepas graduasi. Boleh nampak beza design masa mula-mula kerja dengan yang terkini. Sekarang kami sedang menyiapkan projek revamp web Iskandar Malaysia dan itu merupakan projek terakhir aku di MW.
Aku akan rindu banyak benda. Aku akan rindu manusia-manusia MW, komuter Kajang ke MidValley, pejabat dan kedai sepanjang Boulevard, Jusco, foodcourt Makan Place dan kura-kura Jason yang suka melepak dalam toilet sebab sejuk dan berair. Jason ialah Creative Director yang juga akan meninggalkan Motionworks dan Malaysia ke tanah kelahirannya, Australia. Aku banyak belajar daripada dia mengenai web, design dan juga fotografi.
Hujung tahun ni juga aku akan berkahwin. Rasa-rasanya macam baru lagi bertunang, 6 Julai 2008. Lagi cepat lagi baik kan? Kami dah mula membuat persiapan sejak Ogos yang lalu. Masa pun dah hampir dekat. Doakan supaya semuanya berjalan lancar. Sekarang ni mengira hari jer huhu.
Itu saja ceritaku… Selamat Datang ke FM Media
Twitter
Flickr
Email
Sep 13, 2008 @ 16:45:26
name ako tade. ako kecewa! humph!
Sep 13, 2008 @ 21:53:22
Alalala nanti aku letak nama ko.
Sep 15, 2008 @ 01:18:10
eh, fm media ke bali? bkn …..apa ke nama company tu. ari 2 kita borak
Sep 15, 2008 @ 04:10:00
Sudah tukar
Sep 15, 2008 @ 07:48:28
yeay.jangan dilupakan kami ya bali! kita masih kawan
Sep 15, 2008 @ 09:50:38
Aku takkan lupakan ko wahai ‘Bintang’…
Sep 15, 2008 @ 11:57:34
lepak dulu weh sebelum kau kawin,kang kau dah kawin, aku dah takleh lepak ngan kau,siapa tahu? pls call me,we can have a drink (ada cam ayat gay?)
Sep 15, 2008 @ 14:33:48
Hah calling2 aaa. Buat bachelor party sebelum aku kawen. Mari.
Sep 15, 2008 @ 16:32:21
wah.. cun website tu..
selamat dtg ke FM media..
hehe
Sep 17, 2008 @ 07:59:27
woah bali. tahniah ye utk tempat kerja baru! rezeki nak kawen tu
Sep 17, 2008 @ 22:04:51
Thanks Azzu. Rezeki dari tuhan. Alhamdulillah
Oct 06, 2008 @ 03:42:06
sangat2 berkembang hidupmu – tahniah friend
lepas ni ada masa buat freelance website design lagi tak? hehe.
Oct 22, 2008 @ 08:15:36
Thanks bayah. Ada je buat freelance. Makin ligat berfreelance