Aku dah install Sweetcron di server Akarjiwa. Sweetcron ialah sebuah ‘lifestream blog software’ dan terma ‘lifestream’ dalam maksud yang mudah ialah rekod kronologikal aktiviti yang kamu lakukan ketika online dan offline. Ianya terhad kepada kandungan dan sumber yang anda mahu rekodkan.
Blog aku juga mempunyai laman lifestream sendiri yang menggunakan plugin WordPress RSS Stream. Beberapa contoh aktiviti yang boleh direkodkan ketika online ialah seperti Delicious (bookmarking), Last.fm (lagu yang didengari) dan Flickr (foto yang diupload). Dikumpulkan semua ini maka telah menjadi satu kronologi sosial lengkap apa yang anda lakukan dalam seharian. Lifestream boleh dibuat sama ada mengunakan platform yang sedia ada atau install di server sendiri. Blog gaya Lifestream ini sudah pun bercambah dan akan menjadi trend suatu hari nanti. Percayalah.
Lihat saja blog pencipta Sweetcron ini, www.yongfook.com. Menarik bukan? Untuk lebih pemahaman, sila ke Lifestream Blog.
aku try download tak boleh bali, kenape? kenape? kenape? sweetcron madefake btol..
Ko download kat mana tu? Download kat sini http://code.google.com/p/sweetcron/downloads/list