Tetiba rasa nak jadi pendekar
In Film, Inspiration, Life on 28 October 2008
Dah nak masuk hari Rabu baru nak tulis entri. Kata nak tulis sehari satu entri tanpa gagal. Tapi belum lepas 1 hari kan. Baru pukul 11 malam.
Erm apa aku nak tulis kali ini yer. Ok, borak pasal filem lah. Baru-baru ni aku ada tonton filem yang berlatarbelakangkan abad ke-19 dan melibatkan peperangan. Filem itu ialah Atonement, Love in the Time of Cholera dan Amazing Grace. Tiga filem ini memang best bagi aku. Aku malas nak cerita sinopsis filem ni. Korang boleh tengok kat IMDB. Aku suka cerita koboi seperti Unforgiven, The Last of the Mohicans dan bermacam lagi judul filem yang aku dah lupa. Mungkin disebabkan aku suka sejarah dan kisah silam. Tapi sejarah dalam filem dah ditambah reka untuk menyedapkan jalan cerita.
Kalau filem melayu pula? Erm aku cuba mengingat kembali filem melayu yang ada. Puteri Gunung Ledang? Itu jer kot. Masa aku kecik, aku suka tengok drama swasta Pendekar dibawah produksi HVD. Lepas tu muncul drama Panglima Hitam, Pendekar Kundur, Keris Hitam Bersepuh Emas, Tok Janggut. Fuh layannn. Suka betul aku tengok aksi persilatan yang ada super power boleh terbang ala Kung Fu dan ada abuyugem. Tetiba teringat drama Hati Waja! Rusdi Ramli! Faizal Hussein! Fuh best!
Siapa tahu kat mana nak dapatkan drama-drama tu semua? Nostalgia betul.
p/s aku pernah berangan jadi Pendekar Kundur.
ape khabar kau bali? lama tak nmapk.
dia sibuk bercucuk tanam di belakang rumahnya.
Bali, aku tak tengok sangat cite Pendekar ni. Aku layan Spektra, Kisah Benar, Jaguh-jaguh (eizlan yusof dan raket badmintonnya).ok.
Perlukan idea aku untuk entri seterusnya?
Aliff Afiq : Apa khabar wahai jejaka? Aku baik-baik aja di sini.
Chenta : Aku pun layan cerita tu wei. Memang best tuh. Kau dengan aku nih memang satu kepala. Jom lah kita kawen.
moh ler.. aku dah ready ni.
penah dengar pendekar aman ruzaini?
Chenta : Hah jom. Apa lagi ditunggu.
Aman : Oh tuan hamba. Mestilah kenal tuan hamba yang bersahabat baik dengan Musang Si Gantang, pendekar terulung dari Majapahit (start dah merapik).
bukan musang berjanggut ke nama watak tu….
salamn..
bagaimana pula dgn cerita ollskool mahu bebas dr penjara spt Escape from Alcatraz? byk jln crita spt ni yg menarik perhatian. antara lain The Shawshank Redemption dan dot3
Salam,
Filem penjara tu memang best terutama Shawshank Redemption. Tapi filem tu era yang tak berapa lama. Era yang dimaksudkan seperti kolonialisme, perang dunia kedua, medieval, renaissance, enlightenment etc.
Kalau ada filem yang best dari era itu boleh rekemenkan
era. rentak muzik terkini! (cubaan spam)
Tuan pendekar gagal untuk melakukan posting 29 okt.
hahaha….
dia memang gagal.
alasan: LUPA
Pendekar memang mudah lupa..
Aman : Spam ko tak berapa best. Tak lucah langsung.
Jiwasintetik : Aku gagal! Arghhhh.
Chenta : Pendekar pantang dicabar. Tapi sudah gagal. Tidak mengapa. Hidup ini memang p***t, tapi esok masih ada.
ko x nak jadi musang si guntang?