5 minggu jer lagi?
In Event, Life, Love on 22 November 2008
Betul. 5 minggu lagi. Aku rasa macam err… sedikit gentar, cuak, gembira pun ada. Perasaan yang bercampur-campur macam rojak. Kejab jer 5 minggu tu. Fuhh! Kawan aku si Nasir pun dah nak kahwin minggu depan. Dia mestilah lagi cuak. Harap kau bertenang yer Nasir. Hari indah kau makin hampir. Selesai semua tu mesti kau lega tak ingat dan terbaring di atas katil pengantin dengan senyum lebar. Semoga perkahwinan kau bersama cinta hati berjalan lancar. Aku bakal menyaksikan pernikahan mereka. Jadi, bolehlah aku tengok macam mana ijab dan kabul dijalankan supaya aku tak terpinga-pinga nanti.
Persiapan kahwin aku dan Chenta berjalan lancar walaupun ada perkara kecil yang menimbulkan masalah. Sebenarnya aku mahukan perkahwinan yang simple tapi bermakna. Tapi orang tua mahukan yang biasa orang buat. Hurm aku ikutkan jer lah. Kita tidak bisa memuaskan hati semua orang. Ikut saja kata mereka jangan sampai bergaduh dan bergolok-gadai kerana mahukan sesuatu yang sempurna dan luar biasa. Kita orang biasa. Bukan Raja, Sultan, Tengku atau Dato’. Kehidupan selepas kahwin itu yang lebih penting, bak kata Chenta.
Tinggal 5 minggu jer lagi…
*senyum

Selamat aku doakan untuk kamu berdua.
tapi kata straight edge? *takde kene mengene*
Fahmishah : Semoga selamat semuanya.
Amanruzaini : Aku dah berhenti jadi Straight Edge. Ko bila lagi?
slamat bali… aku 9 minggu lg..haha…
ouh tahniah! 5 minggu?
*pengsannn*
Oh selamat juga kepada kau Senok. Mesti dah tak sabar-sabar.
Sayang, jangan pengsan. Lompat kegembiraan lah. Kita dah nak kawen.