Yer aku. Lebih selesa menggunakan kata ganti diri ‘Aku’ setelah beberapa lama menulis. Melihat entri yang lepas aku banyak membahasakan ‘Saya’ untuk tampak lebih sopan. Dah bosan.

Bukan itu inti entri aku kali ini. Sebilangan kawan sudah tahu. Rata-rata terkejut dengan keputusan itu. Aku sudah pun berhenti kerja di sebuah syarikat di Shah Alam sebulan lepas. (rujuk entri Salam aidilfitri dari ku…) Berhenti kerana aku merasakan tidak sesuai bekerja di situ. Pasti ada yang berkata, ‘Dalam saat kau ingin berkahwin, kenapa sanggup mengambil risiko berhenti kerja. Kalau tak dapat kerja lain bagaimana?’. Aku terpaksa mengambil risiko ini. Memulakan pencarian dan ke temuduga sekali lagi.

Akhirnya, aku akan ke Astro awal bulan 12. Harap ini yang terbaik untuk aku. Sama-sama berdoa.