Esok aku akan bernikah selepas Asar. Jadi inilah apa yang orang bujang rasa bila akan menamatkan zaman solonya. Aku terbaring merenung dan memikirkannya. Macam tak percaya. Aku mengenali dia setahun yang lepas seperti baru semalam pertemuan itu terjadi. Aku bersyukur dipertemukan dengannya, cinta hatiku. Aku berdoa kepada tuhan moga perkahwinan ini direstui olehNya dan beroleh kehidupan yang lebih baik sebagai hambaNya. Jika dulu kurang sempurna, selepas bersatu Insya’Allah sempurna hendaknya. Saling lengkap-melengkapi, menjaga dan menyayangi satu sama lain kerana dialah pasangan yang telah ditakdirkan seperti yang tertulis di Loh Mahfuz.

Doakan kami bahagia sehingga ke akhir hayat. Amin.