Pencarian komputer riba murah

Sepatutnya aku menulis ini bulan lepas. Oh procrastination! I hate you!

Adik perlukan sebuah laptop. Maka aku selaku abang pergi mencari laptop dengan budget RM1500. Tak perlu yang mahal. Dia guna laptop pun setakat nak chatting, print assignment, berfacebook, Barn Buddy, Farmville dan yang sewaktu dengannya. Dia mahukan skrin yang tidak terlalu kecil seperti Netbook 11 inci. Mesti dia nak layan movie la tu. Sebelum membeli, aku sempat survey harga dan spesifikasi laptop yang berada di pasaran. Dah lama tak amik tahu pasal barang-barang komputer ni. Bila entah kali terakhir aku ke Low Yatt. Zaman belajar memang selalulah pergi walaupun tak berduit sangat. 4 tahun yang lalu, aku memang inginkan sebuah laptop. Harga ketika itu RM3000 ke atas. Memang mahal. Sekarang dengan RM2000 ke bawah kau dah boleh dapat sebiji laptop dengan spesifikasi yang boleh tahan.

Hasil dari survey kat internet, laptop yang paling murah ialah Compaq Presario CQ40 berharga RM1699 dengan 7 barangan percuma. Diingatkan laptop ini sangat murah kerana dijual tanpa OS. Asalnya laptop ini dilengkapi Linux tapi untuk dijual dengan harga murah, Linux dikeluarkan. Kemudian terjumpa pula Acer eMachines dan Acer Aspire 4732Z, kedua-duanya berharga RM1599. Esoknya aku ke Plaza Low Yatt untuk melihat sendiri kemurahan itu. Aku pun tanya setiap kedai berapa harga paling murah aku boleh dapat. Selepas tawar-menawar, dapatlah harga RM1530 untuk Acer Aspire 4732Z berserta 7 barangan percuma seperti Kensington lock, mouse, keyboard protector. Not bad la kan.

Di masa akan datang, tidak mustahil harga laptop baru dapat dibeli dengan harga RM1000. Lagi murah lagi bagus. Semua orang boleh memiliki laptop dan berfacebook!

This entry was posted in Gadget, Life, Technology. Bookmark the permalink. Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

6 Comments

  1. aliff afiq
    Posted October 19, 2009 at 7:18 pm | Permalink

    macbook pro bila bali?

  2. Posted October 20, 2009 at 1:39 am | Permalink

    Tatau la bila. Macam tinggal harapan jer haha

  3. Posted October 31, 2009 at 5:30 am | Permalink

    Harapan = Hope. Bak kata Aman Ruzaini…

  4. Posted November 1, 2009 at 10:25 am | Permalink

    Linux bukan free ke?

  5. Posted November 2, 2009 at 5:00 am | Permalink

    Oh Linux free yer. Mungkin mereka remove untuk mudahkan orang lain install XP atau Windows 7.

  6. Posted November 19, 2009 at 9:34 am | Permalink

    laptop harga seribu sudah pastinya powernya tak ke mana.. tapi utk blogging, bersosial di web ok lah ~

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

*
*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  • He's a Web Producer at D5. Really passionate about creating attractive, usable, accessible user interface design. He likes to watch art movie and listening to post-rock/ambient/shoegaze. A noobie photographer and he was once a vector artist. Have a look at his work.