Meminati bidang web dan illustrasi digital sejak 2003 dan kini bergelar seorang (senior) New Media Designer. Fotografi dan grafiks ialah ‘passion’ tetapi kini lebih menumpukan kepada fotografi sejak pertengahan tahun lepas.

Hi, nama samaran saya Bali...

Seorang yang ‘passionate’ terhadap visual, cahaya, abstrak, lukisan, contengan dan bunyi. Beg Crumpler sentiasa tersandang dibahu setiap kali keluar dengan harapan dapat merakam saat-saat penting yang takkan berulang kembali. Semua hasil foto di Flickr dirakam menggunakan Canon EOS 400D dengan kelengkapan lensa 50mm f/1.8, 18-55mm f/3.5-5.6, battery grip BG-E3 dan yang terbaru speedlite Canon 430EX. Kamera lain ialah Lomo Supersampler Dalek Edition (jarang guna) dan Sony Cybershot P52.

Di waktu terluang, saya ialah admin di web komuniti fotografi Persetankan, yang dikendalikan bersama rakan admin dan moderator yang lain.

baliomegatron - View my most interesting photos on Flickriver