Selimut Hati
Jul 29
Flickr, Hobby, Inspiration, Life, Love, Photos, Visual No Comments
Ceritera desain, visual, ornamen, jiwa, ambien, ilusi, cinta…
Jul 17
Audio, Event, Flickr, Inspiration, Life, Love, Photos, Visual No Comments
Sila ke flickr saya untuk melihat gambar yang lain. Event yang dah lama lepas… Lupa dah bila. Aku memang macam ni. Jangan terkejut kalau ada gambar tahun lepas yang aku akan upload…
Jul 15
Flickr, Inspiration, Life, Love, News, Photos, Visual 2 Comments
Thank you for the memories, Michael…
1958 – Forever
Agak terkejut bila dapat tahu berita kematian Michael. Sudah sampai ajalnya. Semoga rohnya dicucuri rahmat / May You Rest In Peace…
Berjalan-jalan di Sunway Pyramid lalu ternampak majalah, CD, DVD Michael Jackson. Dan kami sambar semua untuk kenangan. Laku macam goreng pisang panas.
Oh yer, jangan beli DVD Michael Jackson: HIStory World Tour In Kuala Lumpur di Speedy Video. Bukan Live In KL, Live In Korea Selatan kot dan kualiti buruk seperti DVD pirate. Tiada pelekat hologram KDN (Kementerian Dalam Negeri) pada DVD. Haih pandai betul manusia buat duit.
Jul 14
Design, Gadget, Inspiration, Internet, Life, Wishlist 5 Comments
Hai… Hari ini saya nak bercerita.
Hari tu PC kat rumah buat hal. Tak boleh ON lalu aku pakai laptop isteri buat sementara. Secara tiba-tiba mendapat idea mencucuk laptop terus ke 19 inch LCD Monitor Samsung. Wow sudah jadi workstation yang hebat! Aku terfikir untuk mendapatkan laptop baru dan terlihat iklan Dell Studio 15 di satu laman web. Harga yang boleh tahan dengan tawaran spesifikasi yang hebat. Memang berbaloi! Ditambah pula dengan artwork design atas cover laptop. Perghhh cun! Kalau ditambah pula dengan 24 inch Widescreen LED Monitor Dell lagilah hebat kan. Aku dah terbayang-bayang ni…
Secara tak sengaja terbuka laman web Apple… Haih. Aku berjaya digoda kembali oleh Apple. Sebagai seorang separa geek, mampukah aku menolak godaan ini. I can’t resist! Apple LED Cinema Display bersama Macbook Pro! They’re just made for each other. Damn… punchline yang sungguh hebat.
Mana aku nak cekau RM10,000 nih!!!