Mono live in Malaysia

11 Comments

Sudah beli tiket ke belum? Konsert mereka semakin hampir.

Ramai orang keliru Mono (Japan post-rock) ini dengan Mono (UK trip-hop) yang popular dengan lagu ‘Life in Mono’. Jangan keliru yer.

Bagi yang tidak mengenali Mono, sila rujuk:
Mono Official Site
Mono @ Wikipedia
Mono @ Youtube

How often do you find the right person?

20 Comments

2 hari lepas kami (saya dan Chenta) menonton sebuah filem muzikal Irish berjudul Once. Kami menontonnya di Mid Valley setelah melihat senarai filem yang terpampang tidak menarik minat kami untuk menonton. Kami tertarik dengan sebuah poster filem di situ. Tertarik dengan design poster, tagline, kata pujian dari Rolling Stone dan anugerah yang dimenangi. Kami melangkah masuk untuk melihat kehebatan filem ini.

“The best of the best at Sundance. A gift of a movie that is absolutely worth seeing more than once.”
Peter Travers, Rolling Stone

Berkisar mengenai seorang penghibur jalanan Dublin (lelaki) dan imigran Czech (perempuan) berbakat bertemuhubung melalui muzik. Mereka menulis lagu, bercerita, merakam lagu dan terselit kisah cinta yang jujur.

Ada satu adegan menarik dimana mereka mahu merakamkan lagu, sound engineer yang diupah menyangka mereka hanya sekumpulan penghibur jalanan picisan, yang tiada apa-apa. Sangkaannya salah setelah mendengar alunan melodi yang mencengkam jiwa! Saksikan klip When Your Mind’s Made Up.

Filem ini hanya menggunakan 2 handycam, disiapkan dalam masa 3 minggu dan berbajetkan €130,000. Filem hebat tidak perlukan CGI, teknologi yang canggih mendahului zaman, wanita berbogel, aksi ranjang, letupan di sana sini. Buat apa bajet beribu juta kalau jalan ceritanya kosong dan tiada pengisian. Filem yang jujur dan realistik akan diingat sepanjang zaman kerana memberi impak perasaan terhadap penonton.

Muzik memainkan peranan penting lebih-lebih lagi bagi filem muzikal seperti ini. Boleh dikatakan semua lagu dari filem ini bermelodi indah dan penuh erti. Lagu Falling Slowly memenangi anugerah Academy Award 2008 untuk kategori Best Original Song. Sila lihat klip Falling Slowly.

Apa yang aku dapat katakan mengenai filem Once ialah… TERINDAH! Filem muzikal terindah aku pernah tonton. Perasaan cinta, keakraban, keamanan dan harapan berada disetiap lengkungan filem Once.

Kamu semua patut menonton Once.

KokoKaina

7 Comments

Mari dengar KokoKaina.

KokoKaina yang berasal dari Malaysia bakal popular seperti Marie Digby kerana menyerlahkan bakatnya melalui YouTube dan kini dengar khabar telah pun ke Los Angeles untuk sign contract dengan syarikat rakaman kepunyaan Jack Johnson. Pergh tahniah! Moga sukses!

Aku suka lagu-lagu dia. Buat aku relaks dan tenang. Sesiapa yang minat Jazz dan Folk, silalah dengar.

Aku suka giler lagu ‘I Wish I’d Never’ dan ‘I Am Me, Once More’.

Foto konserto

2 Comments

Update: Gambar konsert Peterpan di flickrku.

Peterpan

Hujan

Nitrus

Peterpan

Lagu

No Comments

Terimalah lagu Padi bertajuk Sang Penghibur dari album terbaru mereka berjudul ‘Tak Hanya Diam’.

Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

Older Entries Newer Entries