Lifestreaming

2 Comments

Aku dah install Sweetcron di server Akarjiwa. Sweetcron ialah sebuah ‘lifestream blog software’ dan terma ‘lifestream’ dalam maksud yang mudah ialah rekod kronologikal aktiviti yang kamu lakukan ketika online dan offline. Ianya terhad kepada kandungan dan sumber yang anda mahu rekodkan.

Blog aku juga mempunyai laman lifestream sendiri yang menggunakan plugin WordPress RSS Stream. Beberapa contoh aktiviti yang boleh direkodkan ketika online ialah seperti Delicious (bookmarking), Last.fm (lagu yang didengari) dan Flickr (foto yang diupload). Dikumpulkan semua ini maka telah menjadi satu kronologi sosial lengkap apa yang anda lakukan dalam seharian. Lifestream boleh dibuat sama ada mengunakan platform yang sedia ada atau install di server sendiri. Blog gaya Lifestream ini sudah pun bercambah dan akan menjadi trend suatu hari nanti. Percayalah.

Lihat saja blog pencipta Sweetcron ini, www.yongfook.com. Menarik bukan? Untuk lebih pemahaman, sila ke Lifestream Blog.

Carian pelik

4 Comments

Saya menggunakan Reinvigorate untuk melihat statistik pengguna yang berinteraksi dengan blog ini. Fungsinya sama seperti menggunakan Google Analytics. Bila lihat carian kata kunci yang sampai ke blog, saya tergelak manja. Kelakar betul.

Antaranya:

Gambar rosyam nor, blog rosyam nor
- Maaf, saya tak minat Rosyam Nor.

Di mana gambar bogel sandra dewi
- Saya tak simpan gambar bogel sandra dewi. Kalau ada saya bagitau :D

Artis gay
- Blog ini tidak menyokong sebarang bentuk perhubungan songsang.

Mengapa insuran tidak laku
- Blog ini tiada kena mengena dengan insuran, ekonomi, forex, e-book dan sebagainya. Harap maklum.

WordPress Versi 2.6 sudah muncul

No Comments

WordPress Versi 2.6 telah pun muncul diberi nama “Tyner”, diambil dari nama seorang jazz pianist bernama McCoy Tyner. Mari kita saksikan video di bawah untuk melihat perubahan dan penambahbaikan dalam Versi 2.6 kali ni.

* update: video tersebut sudah diremove dari blog ini.

Erm

2 Comments

Aku mahu tukar theme lagi. Masih tak berpuas hati dengan theme yang aku gunakan sekarang.

Baru

5 Comments

Ok aku dah tukar theme blog ni menggunakan DePo-Skinny. Aku suka theme ni. Theme Minimalist yang paling kewl aku pernah guna. Kalau kamu semua perasan, aku juga dah update www.baliomega.com dengan thumbnail hasil-hasil kerja aku. Tu pun tak siap lagi. Erm apa lagi eh. Tu je kot. Semua orang pun dah senyap, dah tak menulis sangat. Bosan juga bila aku buka blog kawan takde cerita baru.

Apa yang terbaru dan hangat sekarang yer?

Older Entries Newer Entries