Sadis

6 Comments

Arghhh mp3 player aku tak muat letak 4 album Sigur Ros!
Ish 256 MB jer storage. Jadah. Bila nak beli baru ni. Sadisnya.

Air

7 Comments

Barangsiapa yang memiliki MacBook Air adalah seorang yang kewl gila babeng. E’nuff said.

Uh sungguh poyo aku berkata begitu.

Fotografi yang tak sudah

22 Comments

Semua orang bercakap mengenai kamera dan fotografi. Bila baca entri Beck mengenai manusia angkuh, aku senyum sinis. Manusia pelbagai dan bermacam ragam. Ada duit kau boleh beli semua benda. Kalau ikutkan aku tak mampu beli sebuah kamera DSLR. Aku berhutang dan membayarnya secara ansuran setiap bulan. Alhamdulillah tinggal 6 bulan lagi nak dihabiskan. Aku kepingin speedlite, battery grip dan wide lens tapi macam biasalah duit menjadi perkara pokok. Fotografi, aku anggap ia suatu hobi kerana aku suka rakamkan detik-detik bersama kawan, pergi ke sana-sini melihat dunia. Disamping aku mempunyai kawan yang suka berposing maka kamera adalah wajib untuk dibawa ke mana saja.

Ada juga orang offer job tangkap gambar wedding tapi aku tolak sebab tak cukup equipment dan masih tak cukup ilmu. Tak dapat bayangkan kalau aku jadi wedding photographer. Macam kelakar pun ada. Tapi tu semua rezeki yang halal. Aku respek kepada semua wedding photographer yang wujud dan timbul macam cendawan selepas hujan. Semua dah mampu beli DSLR, kamera dah semakin murah dan photographer bertambah ramai. Hasil gambar yang kreatif dan berkualiti akan menentukan anda seorang yang bagus atau sebaliknya walau semurah mana pun kamera anda.

Wishlist terkini :

1. Speedlite Canon 430EX
2. Battery grip Canon BG-E3
3. Wide lens Canon 17-40mm f4 L (mahal gila ni wei hahaha)

I heart iPod Touch!

10 Comments

Aku sudah pun mencuba iPod Touch di Machines. Sangat best!
Berura-ura ingin memiliki gajet ini dalam masa terdekat. Ada ke duit?

Aku nak tukar theme blog ni. Kebosanan!

iPod Sentuh

2 Comments

iPod Touch sudah berada di pasaran.

8GB = RM1339
16GB = RM1739

Sesiapa yang dah beli tu sila rebiu. Damn jeles.

Older Entries Newer Entries