Tiada idea nak letak tajuk apa

11 Comments

3 hari lepas aku berada di pelancaran Adobe CS4. Seharian berada di sana dan aku ketemu Bat, Tekong, Sabau, Muid dan muka-muka lain yang seperti kenal tapi tak cinta. Nampaknya Photoshop CS4 semakin gah dan menarik dengan editing tool yang akan memudahkan kerja-kerja fotografer. Muka kelam? Gambar tak cukup wide? Jangan risau. Photoshop CS4 dapat membantu anda. Pembaharuan yang paling banyak sekali ialah dalam Illustrator dan InDesign. Betul-betul menyenangkan pereka tapi yang pasti komputer perlu hebat. Senang cerita semua dalam CS4 tu mantap. Baca blog Flavert untuk cerita lebih dalam.

Adik aku dapat UPSR 5A. Alhamdulillah. Jadi aku ke MPH MidValley mencari buku sebagai hadiah dan aku jumpa buku Harry Potter and the Deathly Hallows untuknya. Bila kali terakhir aku beli buku? Agak lama. Kali terakhir beli secara online dari Ujana Ilmu berjudul Surat-Surat Perempuan Johor karya Faisal Tehrani. Alang-alang beli buku, belilah banyak sikit. Kali ni 4 buku aku beli. Tunggu Teduh Dulu karya Faisal Tehrani, Utopia Trauma karya Rahmat Haron, Ayat-Ayat Cinta karya Habiburrahman El-Shirazy dan termasuk buku Harry Potter tu. Total semua RM106. Takpe perhabis duit untuk buku.

Woh dah pukul 1 pagi, nak baca Tunggu Teduh Dulu sebelum tidur. Bye!

Kerja foto

No Comments

Kerja foto pertama ku di http://www.flickr.com/photos/baliomegatron.

Selamat tinggal dan selamat datang

11 Comments

UPDATE: Blog aku kini mesti diakses melalui www.baliomega.com dan bukan lagi www.baliomega.com/blog. Harap maklum.

Aku dalam proses menyiapkan 2 projek personal termasuk projek persetankan yang dah tersadai selama 2 tahun. Lama tu beb. 2 domain baru juga telah dibeli, salah satunya web perkahwinan kami. Semoga kesempatan yang diberikan digunakan sebaiknya untuk menyudahkan apa yang aku dah mulakan. Layout portfolio dan blog ini masih belum mencapai kepuasan aku, masih tercari-cari. Tidak tahu ke mana arah semua ini tetapi aku percaya aku boleh.

Tidak lama lagi aku akan ucapkan selamat tinggal kepada MW. Ilmu dan pengalaman yang aku timba sepanjang berada di sini sangat berharga. Semoga langkahku seterusnya membuatkan aku terus mengorak langkah maju terus ke hadapan. Insya’Allah. Sedih pulak aku hukhuk…

Pertemuan 2 jiwa

12 Comments

Kelmarin aku ber’yum cha‘ dengan 2 orang jejaka kacak yang juga berkongsi minat yang sama iaitu fotografi. Yer, orang itu ialah Ijad Photoblogsh*t dan fotografer didatangkan khas dari Jerman, saudara Taufiq Shariff. Kira macam idola lah ni. Lepak kat Restoran Al-Maju sampai 3 pagi, borak pasal kamera, fotografi, awek, ikon, sesi ampu-mengampu, bahan-membahan, bergelak ketawa. Seronoklah borak dengan mereka ni. Kepala pun satu, minat fotografi. Dapat juga ilmu sikit walaupun tak banyak. Oit korang, bila lagi yum cha?

* baru aku tahu TT tu singkatan untuk Teh Tarik :D Lihat di blog Izad

Flickr 888

4 Comments

Bersedia untuk Jumaat ini, 8 Ogos 2008 (8-8-8). Snap 1 foto terbaik anda dan kongsi di Flickr 888. Pastikan resolusi foto sekurang-kurangnya 1795 x 1287 piksel untuk dicetak dan dijual dalam bentuk pek poskad yang disediakan oleh Moo. Selamat berfoto ria!

Older Entries Newer Entries