Archive for the ‘Inspiration’ Category

Hawa

Posted on February 13th, 2008 in Design, Flyer, Inspiration, Photography, Photos, Visual | 2 Comments »

hawa.jpg

Klik www.persetankan.com

Sometimes love is hiding between the seconds of your life

Posted on February 11th, 2008 in Film, Inspiration, Love, Visual | 7 Comments »

Cashback filem 2006 oleh Sean Ellis.

Apa yang aku dapat katakan mengenai filem ini?

Berkisar persoalan ‘cinta’, falsafah disebaliknya, fikiran dan tanggapan dari benak pemikiran Ben Willis. Penuh humor, kejadian pelik dan mempunyai sinematografi yang menarik. Runut bunyinya juga sangat mengesankan. Aku suka tema instrumentalnya. Ouh filem romantik yang sangat dalam.

Antara filem filosofikal hebat aku pernah tonton.

Lihat lagi
http://www.cashbackthemovie.com
http://en.wikipedia.org/wiki/Cashback_(film)
http://www.youtube.com/watch?v=NeYLZtHCt0I

*Amaran, pastikan anda tak kisah dengan manusia berbogel.

Ouh, nama saya Rambo

Posted on January 31st, 2008 in Film, Inspiration | 7 Comments »

Semalam aku tonton Rambo seorang diri. Teruja sebab Rambo adalah karektor yang menjadi idola aku sejak kecil. Aku masih ingat, suatu ketika dahulu. Kami main perang-perang dalam hutan belakang rumah disebabkan pengaruh filem perang dan Rambo. Propaganda Amerika menjadi. Tapi semalam, filem Rambo 4 tidak berjaya mengembalikan kegemilangan John Rambo yang sudah tua. Dia ada masalah mental sampai tidak mahu pulang ke kampung. Lupa daratan betul. Mungkin mengalami tekanan jiwa hasil dari keganasan perang Vietnam atau terkena senjata biologi Agent Orange lalu menjadi retard. Pisau Rambo yang menjadi identitinya juga sudah tiada. Kini mencari pasal di negara Myanmar. Campur tangan dalam pergolakkan perang saudara. Ingin menjadi hero tapi semuanya mati berbunuhan. Letup sana sini, pecah kepala, putus tangan, darah memancut, gadis diperkosa. Sadis. Masih mengekalkan aura lama. Title sequence menggunakan font tipikal ‘tentera’. Macam filem tahun 90an. Tiada bintang untuk filem ini walaupun rating 8.2/10 di IMDB.

Hurm aku perlukan hero baru.
Filem Jumper seperti best. Mahu tengok!

Oh chenta!

Posted on January 27th, 2008 in Inspiration, Life, Love | 11 Comments »

Aku cinta dia. Sangat. Terima kasih di atas anugerah ini.

Dari langit

Posted on December 4th, 2007 in Audio, Inspiration | 4 Comments »

Streamyx kat rumah aku mengalami masalah. Bosan. Marilah dengar lagu dari langit ni.

From The Sky - There are Ghosts in the Glass.

Floria

Posted on October 25th, 2007 in Event, Inspiration, Photos, Visual | 17 Comments »

Gambar-gambar di Putrajaya Floria, 2 bulan lepas.

Nama mu Merah

Oh chenta ku

Darah untuk dituai

SKYplay

Posted on September 24th, 2007 in Flickr, Inspiration, Photography, Photos, Visual | 24 Comments »

Check out this photo play by hb19. He use Canon Powershot S3 IS. No Photoshop or HDR, no DSLR but a Point & Shoot digital camera. ‘Creativity is a world of no limit’.

SKYplay depicts a composition dominated by use of the sky & real clouds at that moment with another object.

skyplay.jpg