Akaun Yahoo! Mail aku dah jadi tempat pembuangan sampah sarap Internet. Setiap hari ada je Spam sesat masuk Inbox. Aku lebih suka menggunakan Gmail untuk urusan surat-menyurat elektronik. Lebih tersusun dan berupaya mengasingkan email Spam dengan lebih efisien.
Akaun Yahoo! Mail aku dah tak berguna sangat. Bayangkan satu hari aku boleh dapat 10 email Spam dalam Inbox. Bayangkan aku tak bukak email selama sebulan. Sudah 300 Spam! Sila cipta virus yang boleh menjangkiti dan memusnahkan Spam secara cepat dan pupuslah engkau dari muka bumi Cyber ini. Seperti melakukan Holocaust terhadap Spam durjana.
Spammers dan telur-telurnya harus mati!

Damn nice visual on web. Brought to you by Nick La, the guy behind N.Design Studio and Best Web Gallery. Tersangatlah cun ini web. Ini ialah INSPIRASI!
Akhirnya aku mendapat idea & konsep untuk layout baru blog ni. Aku kena gerak walaupun perlahan.
Senarai kerja yang perlu diselesaikan :
Mungkin ramai dah tahu mengenai kewujudan AMP. Bagi yang tidak tahu, AMP ialah platform kugiran dan artis seluruh Asia mengetengahkan ekspresi muzik mereka kepada audiens. Kamu akan ketemu kugiran-kugiran bawah tanah yang mempunyai bakat muzik genius dan mereka sememangnya bagus. Dibawakan khas oleh program hiburan Channel [V].
Antara laman kugiran yang selalu dilawati untuk santapan halwa telingaku :
The Next Lab Is Inside
Hujan
KLPHQ
Polyester Embassy
Madhouse
Muon
Komplot
Telephony Delivery
Silent Scenery
The Observatory
I Am David Sparkle
Lagu Komplot - Konflik buat aku ingin berdansa mengikut rentak. Ayuh ke disko hehe.
Suatu ketika dahulu, seorang rakan dari Indonesia telah menulis…
“Sebenarnya saya cuma mau menyesalkan ‘pensiunnya’ dua blogger yang saya kenal secara online. Satu dari Malaysia, satu lagi dari Indonesia. Blogger dari Malaysia ini berucap selamat tinggal di posting terakhirnya, dan tidak ada tanda-tanda akan kembali… “
“Saya berharap dua rekan blogger tadi hidup kembali, dan menyemarakkan blogosfer Indonesia dan dunia.”
- petikan dari entri ‘Two Bloggers Down’
Jika kau sedang membaca ini, aku sudah pun kembali. Makasih ya.

Dah hampir separuh bulan tema keluar, aku baru nak promote. Mari semua kontribut untuk Edisi 21, Tema ‘Urbanisasi’. Sedangkan aku sendiri tak hantar lagi gambar. Takpe kasi orang lain hantar banyak-banyak. Sila berkunjung ke PERSETANKAN dan meriahkan situs itu. Rate bintang gemerlapan dan komen dengan bernas semua gambar. Komen lawak pun boleh tapi jangan lucah. Nak lucah sila ke web mykakis. Sokonglah produk buatan Malaysia. Anyway, poster tema kali ini direkacipta oleh aku menggunakan foto light trail ketika berkunjung ke Melaka. Senang kerja. Ada foto dan blend kan. Hehe. Selamat berfoto kalian.
Beck telah mewujudkan satu gerakan makar terhadap digg.com.my. Oh kau sudah popular!

Tiada yang lebih menerujakan selain aplikasi dan produk-produk Mac. Selepas iTunes, kini web browser Mac, Safari 3.0 dilancar untuk pengguna Windows. Safari merupakan web browser paling pantas dengan kemampuan merender laman web 2 kali lebih pantas dari IE 7 dan 1.6 lebih pantas dari Firefox 2. Banyak lagi feature yang menarik. Mari download.
Laman web Apple pun dah bertukar wajah. Smart!
Semalam domain baliomega.com sudah mencapai bandwidth limit lalu blog ini tidak dapat diakses. Puncanya ialah aku pergi gatal streaming mp3 dari hosting dan memakan bandwidth aku dengan rakus. Blog ini juga slow disebabkan oleh plugin Run for Cover, integrasi cover album Amazon dengan playlist Last.fm. Sangatlah berat. Ada solusi untuk ini?
Aku ingin menukar template. Mungkin guna theme Hemingway. Inspirasi aku ialah Aethelyon dan Blog.Critical. Ada siapa tahu theme yang hampir sama dengan blog-blog inspirasiku? Supaya aku tak banyak kerja dan hanya tukar CSS dan grafik saja. Oh aku semakin pemalas.
Hari ini aku akan ke Melaka, menyaksikan Vinyl DC Festival 2007 atau nama lain yang lebih sopan ialah Malacca’s Music & Performing Arts Festival. Persembahan live dari pelbagai genre, rock, electro, hip-hop, dance, funk & soul, world music. Antara band yang akan perform dan aku tahu akan kewujudannya ialah Free Love, Muck, Ding A Ling, The Rhaman. Yang lain tidak dikenali sila perform dengan hebat yer. Juga ada market menjual barang-barang kreatif. Bermula jam 3 petang sampai 1 pagi. Tidur sana je la, buat macam Woodstock.
Ok dude gua mau tidur. Chalo. ZZzzzz