Aku dapat idea ini dari sebuah blog yang disukai ramai. Dimulakan dengan ‘aku bersyukur…’ dan sambung dengan apa yang kau ingin syukuri dalam hidup.
1. Aku bersyukur aku punya keluarga yang bahagia.
2. Aku bersyukur aku punya kekasih yang sangat aku sayangi.
3. Aku bersyukur aku akan berkahwin dengannya tidak lama lagi.
4. Aku bersyukur dipertemukan dengan si dia.
5. Aku bersyukur chentaku pandai masak.
6. Aku bersyukur chentaku pandai buat suprise.
7. Aku bersyukur chentaku punya suara yang lunak merdu.
8. Aku bersyukur aku hidup dalam keadaan yang sederhana.
9. Aku bersyukur aku sudah bernafas selama 26 tahun.
10. Aku bersyukur aku kreatif.
11. Aku bersyukur aku cukup sifat dan berwajah ‘comel’.
12. Aku bersyukur aku diberikan kepandaian.
13. Aku bersyukur aku dimurahkan rezeki oleh tuhan.
14. Aku bersyukur aku punya kawan yang ramai dan baik belaka.
15. Aku bersyukur aku ada Streamyx dan 3G Celcom Broadband.
16. Aku bersyukur aku ada handphone berharga RM700.
17. Aku bersyukur aku ada Tijah (Yamaha Lagenda) dan Goblin (Perodua Kelisa).
18. Aku bersyukur aku punya Deja Moss (Canon 400D) untuk merakam saat.
19. Aku bersyukur Ikea dekat dengan rumah sewa.
20. Aku bersyukur aku tak terjebak dengan mat rempit.
21. Aku bersyukur isi minyak full tank motor aku RM6.
22. Aku bersyukur aku tak hisap rokok.
…dan senarai ini takkan habis. Kesimpulannya, bersyukurlah dengan apa yang kau ada. Kalau ada yang nak tiru entri ini dipersilakan. Selamat menulis.
Macam dah nak berkubur blog ni. Sunyi sepi. Kenapa tiada entri baru? Aku tak tahu. Seperti hilang rasa menulis untuk kalian yang bilangannya tidak sampai 10 orang. Kini aku menulis kembali setelah aku rasakan terlalu lama. Tulislah apa saja. Asalkan menulis. Kalau aku tak menulis, blog ini akan tinggal kenangan.
Sabtu lepas, aku dan Chenta ke Hari Bintang Jatuh anjuran Wani Ardy. Tahniah Wani dan krew Bintang Jatuh serta pemuzik dan pemuisi yang hadir. Sangat menghiburkan. Idea ‘Dinding Pengakuan Ke Hadapan Bintang Jatuh’ sangat menarik. ‘Bintang Jatuh’ bermaksud kasih yang tak kesampaian. Apa saja yang disimpan dalam hati tentang ‘bintang jatuh’ mereka diluah kembali dalam bentuk tulisan. Sangat-sangat menarik.
Kemuncak acara, Fynn Jamal dan rakan berpuisi. Ada cello, biola dan gitar. Melodi yang dimainkan memang mengasyikkan ditambah dengan lenggok puisi jiwa Fynn. Lagu pertama dinyanyikan mereka Damien Rice - The Blowers Daughter dan yang seterusnya lagu-lagu puisi. Memang asyik. Itu merupakan persembahan terakhir Fynn sebelum dia dan sang suami berangkat ke negara atas angin. Semoga berjaya.


Rasa mahu melakukan sesuatu tentang blog ini. Rasa mahu menulis sehari satu entri tanpa gagal. Kau rasa misi ini boleh berjaya? Mesti banyak benda mengarut yang aku tulis.
Perlu jauh dari komputer. Perlu.
Hidup dunia digital. Facebook, friendster, flickr, photoshop, dreamweaver. Sangap.
Aku dah lama terfikirkan ini. Tapi tiada jua tindakan. Kesihatan semakin merosot. Fikiran gusar dibeban kerja. Hampir buat aku hilang punca. Jari-jemari pantas membuat kerja. Mata tajam memandang setiap garisan dan sudut dalam monitor. Aku teliti tapi bukan perfectionist. Aku tak pernah mahu. Minda semakin letih dengan kepaksaan ini.
Dan terbayang sesuatu yang hijau, segar dan mewangi. Bunyi deruan angin dan ombak kecil berlabuh sepi. Aku mahu itu.
Sampai bila? Mata hati menyuruh ku berhenti seketika. Lihat dalam hati mu. Lihat dalam matanya. Sedetik sebutir ada di situ sedikit ruang. Hmm aku berteleku memandang cermin… kemudian memandang bulan dan bintang. Mata kosong menerjah angkasa luas yang tiada penghujung, galaksi dan bintang-bintang siarah yang bermukim di atas sana. Betapa kerdilnya aku disini.
Bisik sesuatu. Hidup masih jauh. Kau masih belum tiba di akhir garisan. Pergilah dan teruskan selagi kau mampu. Sementara nafas masih ada. Lihat alam ini seluas-luasnya.
Terbuka mata hati yang paling kecil di sudut sebelah kiri. Mengelip-gelip. Aku bangun dan senyum. Pandang ku penuh yakin. Alhamdulillah…
Sudah 13 hari berpuasa. Alhamdulillah semuanya okay dan kehidupan aku sedang mengalami perubahan sedikit demi sedikit. Insya’Allah lepas raya aku akan mula bekerja di tempat yang baru. 2 tahun aku bekerja di Motionworks (MW), banyak benda telah aku belajar dan temui. Sangat berterima kasih kepada MW kerana memberi peluang aku bekerja di situ selepas graduasi. Boleh nampak beza design masa mula-mula kerja dengan yang terkini. Sekarang kami sedang menyiapkan projek revamp web Iskandar Malaysia dan itu merupakan projek terakhir aku di MW.
Aku akan rindu banyak benda. Aku akan rindu manusia-manusia MW, komuter Kajang ke MidValley, pejabat dan kedai sepanjang Boulevard, Jusco, foodcourt Makan Place dan kura-kura Jason yang suka melepak dalam toilet sebab sejuk dan berair. Jason ialah Creative Director yang juga akan meninggalkan Motionworks dan Malaysia ke tanah kelahirannya, Australia. Aku banyak belajar daripada dia mengenai web, design dan juga fotografi.
Hujung tahun ni juga aku akan berkahwin. Rasa-rasanya macam baru lagi bertunang, 6 Julai 2008. Lagi cepat lagi baik kan? Kami dah mula membuat persiapan sejak Ogos yang lalu. Masa pun dah hampir dekat. Doakan supaya semuanya berjalan lancar. Sekarang ni mengira hari jer huhu.
Itu saja ceritaku… Selamat Datang ke FM Media 
Aku tahu tajuk di atas akan mendatangkan geli-geleman dan muntah-muntah. Tapi aku tetap mahu mengatakan ini,
‘Selamat hari lahir buat Chentaku. Semoga apa yang dipohon termakbul dan sihat sejahtera selalu. Saya sayang dan cinta kamu. Terima kasih kerana hadir menyerikan hidup saya…’

UPDATE: Blog aku kini mesti diakses melalui www.baliomega.com dan bukan lagi www.baliomega.com/blog. Harap maklum.
Aku dalam proses menyiapkan 2 projek personal termasuk projek persetankan yang dah tersadai selama 2 tahun. Lama tu beb. 2 domain baru juga telah dibeli, salah satunya web perkahwinan kami. Semoga kesempatan yang diberikan digunakan sebaiknya untuk menyudahkan apa yang aku dah mulakan. Layout portfolio dan blog ini masih belum mencapai kepuasan aku, masih tercari-cari. Tidak tahu ke mana arah semua ini tetapi aku percaya aku boleh.
Tidak lama lagi aku akan ucapkan selamat tinggal kepada MW. Ilmu dan pengalaman yang aku timba sepanjang berada di sini sangat berharga. Semoga langkahku seterusnya membuatkan aku terus mengorak langkah maju terus ke hadapan. Insya’Allah. Sedih pulak aku hukhuk…
Aku seorang pelupa. Aku perlu diberitahu, diingatkan, dikhabarkan. Ada benda aku ingat, ada benda aku langsung tak ingat. Daya ingatan sudah lemah agaknya. Sama juga dengan tidur ku. Kadang-kadang senang bangun, kadang-kadang langsung tak dengar bunyi alarm sampaikan si dia call sampai 13 kali aku masih tak sedar. Memang tidur mampus. Si dia selalu mengingatkan aku. Seperti otak kedua. Tapi yang paling best, kami bersetuju dalam banyak hal. Sehati sejiwa la katakan. Jadi, saya sayang kamu… (sila muntah).
* lagu ketika menulis, Barry Manilow - Can’t Smile Without You.