Cik Mac molek

No Comments

Aku mahukan Mac machine! Aku sangat dambakan developer tool Coda dan CSS Edit. Kedua-duanya menang award Best Mac OS X Developer Tool 2007. Aku rasa kalau aku ada tool tu aku akan jadi designer yang paling kewl di abad ini. Konon. Nerd betul aku ni.

Hitam itu keunggulan

7 Comments

Sabtu, buat pertama kalinya aku berkunjung ke PC Fair. Menarik tapi sesak. Dah lama sangat aku tak upgrade PC. Maka aku membeli hard disk Seagate 250GB, router D-Link, mouse & keyboard Logitech yang murah tapi smart sebab hitam. Hampir lengkap warna PC impian cuma casing CPU je belum hitam.

Ouh saya Rain.

Fotografi yang tak sudah

22 Comments

Semua orang bercakap mengenai kamera dan fotografi. Bila baca entri Beck mengenai manusia angkuh, aku senyum sinis. Manusia pelbagai dan bermacam ragam. Ada duit kau boleh beli semua benda. Kalau ikutkan aku tak mampu beli sebuah kamera DSLR. Aku berhutang dan membayarnya secara ansuran setiap bulan. Alhamdulillah tinggal 6 bulan lagi nak dihabiskan. Aku kepingin speedlite, battery grip dan wide lens tapi macam biasalah duit menjadi perkara pokok. Fotografi, aku anggap ia suatu hobi kerana aku suka rakamkan detik-detik bersama kawan, pergi ke sana-sini melihat dunia. Disamping aku mempunyai kawan yang suka berposing maka kamera adalah wajib untuk dibawa ke mana saja.

Ada juga orang offer job tangkap gambar wedding tapi aku tolak sebab tak cukup equipment dan masih tak cukup ilmu. Tak dapat bayangkan kalau aku jadi wedding photographer. Macam kelakar pun ada. Tapi tu semua rezeki yang halal. Aku respek kepada semua wedding photographer yang wujud dan timbul macam cendawan selepas hujan. Semua dah mampu beli DSLR, kamera dah semakin murah dan photographer bertambah ramai. Hasil gambar yang kreatif dan berkualiti akan menentukan anda seorang yang bagus atau sebaliknya walau semurah mana pun kamera anda.

Wishlist terkini :

1. Speedlite Canon 430EX
2. Battery grip Canon BG-E3
3. Wide lens Canon 17-40mm f4 L (mahal gila ni wei hahaha)

Fotowookies

1 Comment

Yaa aku sudah mula rajin mengupload gambar. Di atas kesedaran ku melihat folder gambar yang semakin bertambah. Sebelum bertambah lagi, baik aku upload gambar-gambar yang tidak perlu diedit secara maksima. Terima kasih kepada 50mm f1.8. Insya’Allah hujung bulan ini, Canon 430EX. Fuhh…

Gambar dibawah ini bertarikh 6 Oktober 2007. Aktiviti berbuka puasa di Hotel Impiana. Kami mengelarkan diri kami Motionwookies. Saudara kepada Chewbacca :P

A Wookiee is a member of a race of hirsute bipeds in the fictional Star Wars universe. The most notable Wookiee is Chewbacca, a companion to Han Solo. Other prominent Wookiees include Lowbacca (the nephew of Chewbacca), Tyvokka, Zaalbar, Chuundar, Attichitcuk, Tarfful, Petro, and Hanharr. – taken from Wikipedia.org

The Motionwookies

I heart iPod Touch!

10 Comments

Aku sudah pun mencuba iPod Touch di Machines. Sangat best!
Berura-ura ingin memiliki gajet ini dalam masa terdekat. Ada ke duit?

Aku nak tukar theme blog ni. Kebosanan!

Older Entries Newer Entries