Perkara Pelik

9 Comments

Punggung aku ditag oleh Suessy. Senaraikan 6 perkara pelik mengenai diri anda. Hurm aku pelik ke? Korang rasa aku pelik? Dari segi pemakaian aku yang ketat ni? Pelik tak? Ehem.

1. Aku labelkan diri sebagai pendengar muzik alam semesta. Aku dengar semua jenis muzik hatta lagu yang mendayu-dayu, memuja-muja perempuan, meliuk-liuk bak periuk, lagu Melayu lama. Satu je mengenai aku ialah suka bunyi-bunyian. Kesukaan aku ialah band post rock jepang Mono. Mereka ialah maestro bunyi-bunyian yang buat aku terpaku, menangis, tersentak, keliru, rasa bodoh, takut, hebat, macam-macam. Dan juga aku susah nak ingat lirik walaupun lagu tu beratus kali dengar. Lebih lekat melodi dari lirik. Aku rasa Lagu Negaraku je yang aku boleh nyanyi sampai habis tanpa iringan muzik hehe.

2. Aku tak minat bola. Orang sanggup bangun pagi buta semata-mata nak tengok World Cup dan English Premier League. Aku tak sanggup. Aku lebih suka tidur dan bermimpi yang indah-indah. Kawan-kawan aku semua suka tengok bola. Aku tengok juga kalau mereka layan bola kat kedai mamak tapi setakat tengok je lah. Aku tak tahu siapa player, siapa coach, strategi macam mana, kekuatan team tu macam mana, bahkan rules main bola pun aku tak tahu. Kali terakhir main bola ialah masa form 5. Tu pun main hentam je dan aku tak pernah main futsal. Heee.

3. Aku benci spam! Aku benci sampai aku biarkan Gmail terbuka sepanjang masa dan setiap minit akan menunggu spam yang muncul lalu dinyahjahanamkan dari email. Dah jadi tabiat. Buka email dan mengtongsampahkan spam. Spam plak banyak pasal seks. Sex sells. Viagra la, menang loteri la, dapat harta wasiat la, hot chicks la. Jadah.

4. Aku bukan setakat tak suka tengok bola bahkan semua sukan aku tak minat tengok. Badminton, sepak takraw, golf, tennis, F1, MotoGP, semua tak minatlah. Apa yang aku minat? Jab fikir. Takde beb kalau sukan. Memang betul-betul geek aku ni. Kehidupan aku sangat dipenuhi dengan Internet dan komputer. Surfing ialah hobi sebenar aku. Aku jumpa macam-macam web dari Digg, CSS Mania, CSS Remix, Computerlove. Manfaatnya untuk mencari inspirasi bagi meningkatkan kreativiti dan skill. Fotografi juga hobi tapi tak sekerap surfing yang 12 jam sehari ku lakukan. Lepas kerja aku online pula kat rumah. Tengoklah mata aku ni eyebag teruk gila macam mata beruang panda.

Aku hanya dapat senaraikan 4 perkara pelik. Lagi 2 aku tak dapat fikirkan. Puas dah aku fikir. Jadi kesimpulannnya aku bukan seorang yang pelik. Sesiapa yang baca entri ini, kalau rasa boring dan tak tahu nak tulis apa kat blog bolehlah tag diri sendiri. Selamat.

Weee

13 Comments

IMG_2696

IMG_2708

IMG_2679

Update: Gambar-gambar road trip ke Melaka bersama Famie, Tiqah dan Cekelat dengan misi untuk berjumpa Enna.

Mari menulis

10 Comments

Aku tidak pandai menulis blog seperti Beck atau Nizam Nuri. Mengubah ayat menjadi sedap, padat dengan sindiran dan ungkapan yang provokatif. Aku cuma penulis yang menulis untuk diri sendiri dan untuk bacaan kalian yang aku rasa tidak sampai 10 orang semuanya. Terima kasih kerana berkunjung dan membaca.

Tahniah untuk Hadi yang telah pun mendirikan rumahtangga bersama Nadia. Pasangan yang amat cocok sekali. Dia ialah rakan ku yang sama-sama belajar di MMU dan orang pertama dari 10 sekawan yang menamatkan zaman bujangnya. Ya 10 sekawan. Aku masih ingat ketika itu kami bersepuluh tinggal di penthouse Villa Permai Puchong. Pergi MMU naik bas, pergi makan bersepuluh, usha awek gebu kedai makan, skodeng rumah orang haha. Kini semua telah berkerja dan telah memasuki fasa baru iaitu berkahwin. Aku menjangkakan selepas ni Teleng, Jet, Nasir. Aku? Aku tak tahu lagi bila. Aku tak pasti.

Weekend lepas kami menghadiri majlis persandingan Hadi & Nadia di Cherating. Terima kasih Hadi kerana menyediakan penginapan untuk kami. Alang-alang berkunjung ke Cherating lalu kami ke Kemaman mencari Otak-otak, Sata, Sotong & Ikan Celup Goreng dan Kopi Hai Peng. Makan tak ‘hengat’ punyalah. Sangat best journey ini. Seperti ingin travel lagi bersama rakan-rakan. Oi korang marilah ke Penang.


* Ralat – Sebenarnya 11 orang kawan. Aku tertinggal satu. Mungkin nombor 10 lebih enak disebut hehe.

Urban

15 Comments

urban.jpg

Dah hampir separuh bulan tema keluar, aku baru nak promote. Mari semua kontribut untuk Edisi 21, Tema ‘Urbanisasi’. Sedangkan aku sendiri tak hantar lagi gambar. Takpe kasi orang lain hantar banyak-banyak. Sila berkunjung ke PERSETANKAN dan meriahkan situs itu. Rate bintang gemerlapan dan komen dengan bernas semua gambar. Komen lawak pun boleh tapi jangan lucah. Nak lucah sila ke web mykakis. Sokonglah produk buatan Malaysia. Anyway, poster tema kali ini direkacipta oleh aku menggunakan foto light trail ketika berkunjung ke Melaka. Senang kerja. Ada foto dan blend kan. Hehe. Selamat berfoto kalian.

Beck telah mewujudkan satu gerakan makar terhadap digg.com.my. Oh kau sudah popular!

Aummm!

10 Comments

Buat kali yang ke berapa entah aku menukar template lagi untuk blog ini. Aku jarang update. Ingatkan bila dah ada hosting dan blog baru aku akan rajin tapi tidak rupanya. Sifat pemalas yang menebal di sanubari. Kini aku rajin berjalan-jalan. Usung beg kamera Canon yang besar tu ke sana sini. Rasa macam bawak beg laptop. Apakan daya beg free. Menunggu bulan depan pula untuk dapatkan beg Crumpler 6 Million Dollar Home. Aku sudah ada 2 lens. Alhamdulillah. Aku rasa akan stay dengan 2 lens ni untuk jangka masa yang agak lama. Rasa macam dah terer sikit dan kalau ada duit lebih boleh la beli lens mahal yang ada Ultrasonic Motor (USM) dan Image Stabilizer (IS).

Banyak lagi aku perlu belajar tentang fotografi. Semalam beli Digital Camera Magazine, ada artikel tentang setting kamera Canon dan Nikon, basic fotografi seperti white balance bla bla bla. Bagus majalah ni. 2 minggu lepas pertunangan Beck dan dengan sukarelanya aku menawarkan diri untuk jadi fotografer rasmi. Aku sampai lewat untuk job fotografi pertama ku dan sangat kesal perkara ini berlaku. Maaf ye Beck. Tak sempat nak snap gambar masa sarung cincin. Gambar-gambar yang aku snap kurang memberangsangkan. Banyak kena belajar lagi ni. Dan aku perlukan speedlight untuk hasil gambar yang cun. Masa tu tak sempat beli lens 50mm. Lens yang sangat bagus untuk potrait dan keadaan kurang cahaya. Boleh snap gambar Depth of Field yang best. Esoknya selepas Beck tunang baru aku beli 50mm. Selalu terlepas. Nampaknya wishlist aku satu demi satu sudah direalisasikan. Kumpul duit untuk beli kereta pula :)

Older Entries Newer Entries