
Dah hampir separuh bulan tema keluar, aku baru nak promote. Mari semua kontribut untuk Edisi 21, Tema ‘Urbanisasi’. Sedangkan aku sendiri tak hantar lagi gambar. Takpe kasi orang lain hantar banyak-banyak. Sila berkunjung ke PERSETANKAN dan meriahkan situs itu. Rate bintang gemerlapan dan komen dengan bernas semua gambar. Komen lawak pun boleh tapi jangan lucah. Nak lucah sila ke web mykakis. Sokonglah produk buatan Malaysia. Anyway, poster tema kali ini direkacipta oleh aku menggunakan foto light trail ketika berkunjung ke Melaka. Senang kerja. Ada foto dan blend kan. Hehe. Selamat berfoto kalian.
Beck telah mewujudkan satu gerakan makar terhadap digg.com.my. Oh kau sudah popular!
Buat kali yang ke berapa entah aku menukar template lagi untuk blog ini. Aku jarang update. Ingatkan bila dah ada hosting dan blog baru aku akan rajin tapi tidak rupanya. Sifat pemalas yang menebal di sanubari. Kini aku rajin berjalan-jalan. Usung beg kamera Canon yang besar tu ke sana sini. Rasa macam bawak beg laptop. Apakan daya beg free. Menunggu bulan depan pula untuk dapatkan beg Crumpler 6 Million Dollar Home. Aku sudah ada 2 lens. Alhamdulillah. Aku rasa akan stay dengan 2 lens ni untuk jangka masa yang agak lama. Rasa macam dah terer sikit dan kalau ada duit lebih boleh la beli lens mahal yang ada Ultrasonic Motor (USM) dan Image Stabilizer (IS).
Banyak lagi aku perlu belajar tentang fotografi. Semalam beli Digital Camera Magazine, ada artikel tentang setting kamera Canon dan Nikon, basic fotografi seperti white balance bla bla bla. Bagus majalah ni. 2 minggu lepas pertunangan Beck dan dengan sukarelanya aku menawarkan diri untuk jadi fotografer rasmi. Aku sampai lewat untuk job fotografi pertama ku dan sangat kesal perkara ini berlaku. Maaf ye Beck. Tak sempat nak snap gambar masa sarung cincin. Gambar-gambar yang aku snap kurang memberangsangkan. Banyak kena belajar lagi ni. Dan aku perlukan speedlight untuk hasil gambar yang cun. Masa tu tak sempat beli lens 50mm. Lens yang sangat bagus untuk potrait dan keadaan kurang cahaya. Boleh snap gambar Depth of Field yang best. Esoknya selepas Beck tunang baru aku beli 50mm. Selalu terlepas. Nampaknya wishlist aku satu demi satu sudah direalisasikan. Kumpul duit untuk beli kereta pula

Ini gambar dari gig Figure Eight, 16 Jun, Sabtu bulan lepas. Haha baru je upload kat Flickr. Gambar lain boleh dilhat di Flickr gua. Life update terbaru, aku sudah ada lens Canon 50mm F/1.8 II. Best siot lens ni. Banyak gambar-gambar tak upload lagi ni. Slow-slow. Itu je aku nak share ngan korang. Nanti tulis lagi kalau aku punya mood.
Ayooo. Apa sudah jadi? Aku semakin malas ke tahap yang aku sendiri tak tahu nak cakap apa dah. Bangkit Bali, bangkit. Tengok desain kolektif Bangkit, 84cube. Tak teruja ke tengok artwork mereka? Dah berapa lama tak hasilkan artwork? Oh sejak bekerja aku asyik mengadap coding dan desain-desain korporat. Setelah melihat junk sales kat Figure 8, aku seperti tertanya-tanya dalam diri. Bila kebangkitan diri akan berlaku. Dimana suatu masa dahulu, aku rajin menghasilkan artwork untuk contest dan online magazine. Persetankan pun sudah terabai. Perlukan kebangkitan! Enlightment!
Di atas kesedaran ini, aku sudah memulakan aktiviti mendesain untuk satu contest. Deadline dah semakin hampir. Wajib hantar! Sebabnya hadiah berupa Macbook 15.4 inch. Woh gila Macbook. Aku gila!

Woh 2 gig dalam seminggu. Aku dah upload gambar gig Moonshine kat flickr. Sila lihat. Thanks to May Chan kerana membawa aku ke sana. Memang ramai hot chick haha. Kalau ada band best lagi aku akan pergi. Boleh mencuci mata ku yang kelabu huuu.
Persembahan pertama dari Monoloque (Loque from Butterfingers) dengan Synthesizer dan MACBOOK! Woh teruja aku tengok Macbook. Aku suka lagu-lagu dari Loque. Sungguh melayu dan layu hehe. Kemudian band Ferns, Moods, Karen Nunis Blackstone dan akhir sekali yang dinanti-nantikan, KLPHQ. Stands for Kuala Lumpur Post-Harmonic Quartet. Tapi sayang main 2 lagu je. Maybe sebab dah tak cukup masa. Looking forward to hearing this band again soon. Post seterusnya akan update dengan gambar-gambar dari event Figure Eight. Yeah rock!