Sedang berlayar tanpa arah, aku terjumpa 3 blog yang sangat menarik, Iridescent, Projectionist dan Elaminen. Dijana oleh Tumblr iaitu tools untuk menghasilkan tumblelog.
Apa itu tumblelog?
Tumblelog ialah terma untuk blog yang mengumpulkan pelbagai jenis media seperti links, coding, photo, quotes, dialogue dan video. Penulis akan berkongsi carian dan jumpaan mereka dalam bentuk yang ringkas. Dengan kata lain, tumblelog ialah sebuah ‘online scrapbooks’. Ianya sangat menarik, senang dan pantas.
Untuk mempunyai sebuah tumblelog, terdapat 3 platform yang disediakan iaitu
Ozimodo
Tumble
Tumblr
Cara termudah ialah dengan mendaftar di Tumblr yang menawarkan hosting tumblelog percuma. Untuk melihat senarai tumblelog yang terdapat di ruang maya sila ke Tumblelist.
Blog ini masih tidak berubah sejak minggu lepas kerana hujung minggu ku dipenuhi dengan aktiviti bersama rakan. Semalam menonton filem 28 Weeks Later di Summit USJ. Filem ini kurang ‘umph’ berbanding yang pertama iaitu 28 Days Later. Aku mengagak mungkin ada sambungan untuk part 3. Prequel mungkin menarik. Boleh tahu bagaimana virus ‘hantu gila’ merebak. Hari ini aku tiada mood untuk menulis rebiu dan bercerita tentang scene yang menarik. Pergilah tengok sendiri.
Sebenarnya aku kebosanan di opis. Aku kurang bermaya. Rasa lesu. Tekak kering. Kurang sihat. Rambut dah macam semak. Aku tak boleh simpan rambut panjang mesti rasa semak terutama bahagian sideburn. Rambut aku skema tapi semak. Belah tengah ala Hugh Grant. Gaya lain aku tak tahu. Perlukan pendandan rambut tapi segan nak masuk salun A Cut Above. Sebenarnya segan nak keluar duit dan juga perlu… ‘teman’ ke salun hehe.
Kehidupan aku semakin menarik. Aku sudah punya kamera DSLR, Canon EOS 400D dan monitor Samsung 932B LCD 19 inch yang hitam seksi. Akan datang kalau tiada yang menghalang seperti masalah kewangan, aku akan angkat iPod Video 30gig 5.5 Generation. Aku sememangnya ‘Mat Gadget’ yang kental.
Wishlist seterusnya ialah seperti berikut:
1. Beg Crumpler 5 million dollar home (perlindungan untuk kamera tersayang)
2. 2.0Ghz Black MacBook (sudah murah, RM4599!)
3. Lens Canon f1.8 50mm fixed (lens lain belum difikirkan lagi)
4. Teman wanita yang gorgeous (hahaha aku bercinta dengan kamera la nampaknya)
5. Kereta (kereta apa pun boleh asalkan bergerak seperti Jazz, Swift, Yaris, Mini Cooper)
Hujung minggu ini akan ke Melaka. Ada gig Vinyl DC Festival dibawakan oleh JUICE.
Akhirnya aku kembali ke persada blogasfera. Blog ini sepatutnya launch sempena hari lahir ku yang ke-25 pada 3 Mei yang lepas tapi ada kerja lain yang perlu dikerjakan dahulu. Umur dah naik 1 nombor. Alhamdulillah aku sihat dan melangkah ke hadapan dengan pantas.
baliomega.com akan launch dalam masa terdekat, menampilkan portfolio kerja freelance dan kerja seni. Dalam blog ini aku akan bercerita dan berkongsi mengenai filem, muzik, kehidupan, grafiks, internet, fotografi dan lain-lain yang belum difikirkan lagi. Grafik dan segala visual dalam blog akan disiapkan mengikut mood dan tahap kerajinan.
Sebagai intro, namaku Nurul Izwan Dahlan, dikenali juga sebagai bali atau baliomega, seorang lelaki, berkerja sebagai front-end web developer dan freelancer, orang Kajang, admin DFJJ , baru berjinak-jinak dengan fotografi.
Jumpa anda dalam post seterusnya.
Posted in Blogging, Life
|
Welcome to WordPress. This is your first post. Edit or delete it, then start blogging!