The Hives
Mar 03
Design, Event, Flickr, Internet, Life, News, Visual 6 Comments
Win 5th place in ColorlabsProject Design Contest.
Tidak mengapa. Akan ku cuba lagi
Ceritera desain, visual, ornamen, jiwa, ambien, ilusi, cinta…
Mar 03
Design, Event, Flickr, Internet, Life, News, Visual 6 Comments
Win 5th place in ColorlabsProject Design Contest.
Tidak mengapa. Akan ku cuba lagi
Feb 19
Event, Flickr, Life, Love, Photos, Visual 8 Comments
Terimalah Gambar Pangkor Bahagian I untuk tatapan semua. Kami berjalan-jalan ke Pangkor masa Tahun Baru Cina yang lepas. Bahagian II dan III akan menyusul selepas ini. Banyak betul kami snap
Lihat lagi di Flickr.
Feb 16
Design, Event, Hobby, Inspiration, Internet, Life, News 10 Comments
I’m happy! Satu langkah lagi untuk aku menang. Perlu menghantar fail .psd dan 2 design page lagi. Doakan kemenangan aku wahai kawan.
Feb 10
Concert, Event, Gig, News 5 Comments
Ah tiket Konsert Alam Muzik M. Nasir berharga RM45 dan RM85 dah habis! Takkan aku nak beli tiket berharga RM150. Oi lagi mahal dari tiket Mogwai. Tapi kalau korang ‘kipas susah mati’ mesti beli punyalah. Kalau bercakap pasal harga tiket ni ada yang mengeluh. Konsert Mogwai hari tu ada je manusia komen kenapa mahal sangat. Cekik darah katanya. Oh well, Soundscape Records ada sebab mereka tersendiri. Tak semua orang dengar Mogwai beb. Siapa je tahu kewujudan Mogwai berbanding Muse? Siapa je sanggup melayan lagu yang secara tiba-tiba bingit memecah kesunyian dan membuatkan orang terperanjat beruk mat yeh? Mungkin dalam Malaysia, ada sekelompok je peminat mereka. Maka untuk balik modal, mereka mengenakan harga sebegitu tinggi. Lagi satu, bukan senang nak bawa kumpulan muzik arus baru ke sini. Kecuali ada permintaan. Ok kita dah lihat Explosions In The Sky, Mono, Mogwai dan Toe. Mungkin selepas ini Envy, Godspeed dan kumpulan lain yang searus.
Kemudian kita ada konsert Sunburst KL 2009. Line up yang bagi aku tak berapa best dan tak ‘worth it’ untuk tiket yang berharga RM200. Mungkin ok bagi orang lain. Aku tak layan sangat NERD, Nidji dan nama-nama lain dalam konsert tu. Di Junk Online terdapat senarai permintaan rakyat Malaysia yang mahukan artis dan kumpulan internasional hadir di Sunburst KL 2009. Permintaan korang tidak tercapai. Hanya Coldplay dan The Prodigy yang mungkin datang. Itu pun ‘mungkin’.
Jangan cakap artis luar negara. Dalam negara pun lebih kurang juga tinggi harga tiketnya. Contohnya konsert Anuar Zain 6 Februari baru-baru ni, harga tiket bermula dari RM300 hingga RM400! Pergh sanggup ke gadis-gadis dan mak gadis membelinya? Mesti ada yang sanggup kan. Terpulang kepada poket korang sendiri. Ada duit pergi, tiada duit tengok saja di Youtube.
Feb 07