Harga tiket yang melampaui batas

Ah tiket Konsert Alam Muzik M. Nasir berharga RM45 dan RM85 dah habis! Takkan aku nak beli tiket berharga RM150. Oi lagi mahal dari tiket Mogwai. Tapi kalau korang ‘kipas susah mati’ mesti beli punyalah. Kalau bercakap pasal harga tiket ni ada yang mengeluh. Konsert Mogwai hari tu ada je manusia komen kenapa mahal sangat. Cekik darah katanya. Oh well, Soundscape Records ada sebab mereka tersendiri. Tak semua orang dengar Mogwai beb. Siapa je tahu kewujudan Mogwai berbanding Muse? Siapa je sanggup melayan lagu yang secara tiba-tiba bingit memecah kesunyian dan membuatkan orang terperanjat beruk mat yeh? Mungkin dalam Malaysia, ada sekelompok je peminat mereka. Maka untuk balik modal, mereka mengenakan harga sebegitu tinggi. Lagi satu, bukan senang nak bawa kumpulan muzik arus baru ke sini. Kecuali ada permintaan. Ok kita dah lihat Explosions In The Sky, Mono, Mogwai dan Toe. Mungkin selepas ini Envy, Godspeed dan kumpulan lain yang searus.

Kemudian kita ada konsert Sunburst KL 2009. Line up yang bagi aku tak berapa best dan tak ‘worth it’ untuk tiket yang berharga RM200. Mungkin ok bagi orang lain. Aku tak layan sangat NERD, Nidji dan nama-nama lain dalam konsert tu. Di Junk Online terdapat senarai permintaan rakyat Malaysia yang mahukan artis dan kumpulan internasional hadir di Sunburst KL 2009. Permintaan korang tidak tercapai. Hanya Coldplay dan The Prodigy yang mungkin datang. Itu pun ‘mungkin’.

Jangan cakap artis luar negara. Dalam negara pun lebih kurang juga tinggi harga tiketnya. Contohnya konsert Anuar Zain 6 Februari baru-baru ni, harga tiket bermula dari RM300 hingga RM400! Pergh sanggup ke gadis-gadis dan mak gadis membelinya? Mesti ada yang sanggup kan. Terpulang kepada poket korang sendiri. Ada duit pergi, tiada duit tengok saja di Youtube.

Posted in Concert, Event, Gig, News | 5 Comments

Ke Melaka…

Hachommm!

Muzium Istana Melaka

Burppp kenyang!

Pemandangan dari Menara Taming Sari

Kami berjalan-jalan ke Melaka 5 hari selepas bersanding. Lihat lagi di flickr.

Posted in Flickr, Life, Love, Photos, Road Trip, Visual | 2 Comments

Update! Update!

Ya ini update kehidupan. Setelah 2 bulan bekerja di sini, Mac Pro pun sampai. Idaman beb. Dah lama aku idamkan barangan Apple sama ada Macbook Pro, Mac Pro ataupun iPod. Kini di pejabat, sorang satu dapat Mac Pro. Fuh pengalaman menggunakannya memang best. Kerja aku semakin pantas sepantas spesifikasinya. Kalaulah boleh dibawa balik rumah… alangkah bahagianya hidup ini.

Cuti Tahun Baru Cina baru-baru ini, aku dan isteri berbulan madu ke Pangkor selama 4 hari 3 malam. Menikmati saat-saat indah bersama. Sempat juga berphotoshoot tatkala menunggu matahari terbenam. Menunggang motor ke sana ke mari. Kemudian berphotoshoot lagi dalam bilik hotel. Memang kaki bergambar. Dia model, aku fotografernya. Seperti bunga dengan kumbang, bulan dengan pungguknya. Kemudian kami bersnorkelling. Oh macam biasa, aku pasti takut bila nak turun ke laut. Fobia sikit dan aku tak pandai berenang. Mula-mula tu tak biasa, tapi sebab ada life jacket aku dah boleh ke sana ke sini dalam air laut. Kasihan isteri. Dia boleh berenang. Dia mengajak aku naik Banana Boat tapi aku berdalih-dalih. Sebenarnya bimbang jatuh di tengah-tengah laut yang luas tu. Bagaimana yer nak mengatasi fobia begitu yer? Lepas ke Pangkor, kami singgah sebentar di Teluk Intan. Tujuan hanya untuk bergambar di depan Menara Jam Condong Teluk Intan. Sanggup pacak tripod di tengah panas terik semata-mata untuk bergambar. Itulah kami :)

Gambar Pangkor akan di update kemudian. Selalu-selalulah jenguk blog dan flickr yang jarang berupdate ni ye.

Posted in Event, Inspiration, Life, Love, Road Trip | 10 Comments

Isteri saya

Isteri

Besar betul mata dia :P

Posted in Event, Flickr, Inspiration, Life, Love, Photos | 5 Comments

Bestnya kawen!

Yo, sekarang aku suami orang. Yey! Yey! Lambat sikit update. Sebab sibuk menikmati hidup beristeri yang rasanya sungguh nikmat dan best. Manalah tak best kalau bangun pagi, sebelah kita ada perempuan comel yang berbau wangi. Sungguh, dia memang wangi. Makan masakannya yang sedap nak mampus. Seronok kan??? Kalau aku tahu bestnya kahwin, dari darjah 6 lagi aku minta dikahwini. Hai gembira sungguh hatiku ini. Semoga ikatan ini kekal abadi. Bukan macam Abby Abadi yer.

Oh yer terima kasih kepada rakan-rakan yang hadir meraikan majlis perkahwinan kami. Pada yang bagi hadiah itu terima kasih banyak-banyak. Buat susah-susah jer. Tapi kenapa tiada yang bagi blender. Kesian aku jadi tukang tumbuk cili setiap kali isteri aku memasak. Kesian aku. Dah la batu lesung tu berat.

Pada Dida dan tunangnya yang sanggup mengepos hadiah walaupun tak dapat hadir, terima kasih banyak-banyak dari kami suami isteri. Pada Teleng yang tersayang, terima kasih sanggup mengepit aku sepanjang 2 majlis. Aku sangat terharu bila kau lapkan peluh di dahiku. So sweet lah…

Insya’Allah, hujung minggu kami akan mengambil angin di pantai Pangkor. Tak sabar ingin bercanda ria bersama isteri di tepian pantai.

Oklah mahu ke Sentul, membeli-belah barangan dapur di pasar malam. Sangat pakcik-pakcik okayyy.

Posted in Life, Love, News | 16 Comments